
Motosikal
GIVI U37N ULTIMO MONOLOCK KINI BOLEH DIDAPATI DI GIVI POINT SELURUH NEGARA – HANYA RM200
Tawaran terbaru dari GIVI Malaysia, top case U37N ULTIMO dengan rasminya boleh didapati di GIVI Point seluruh negara dengan harga jualan RM200.

GIVI Malaysia memperkenalkan top case terbaru itu sewaktu di Malaysia Autoshow 2025 beberapa bulan lalu namun kali ini produk terbaru itu akhirnya boleh didapati secara walk-in di GIVI Point seluruh negara.

Top case Ultimo ini hadir dengan kapasiti 37L dan boleh memuatkan sebuah helmet modular. Selain itu, top case ini juga menawarkan ketahanan optimum ekoran mengguna pakai bahan jenis polyproylene (PP) gred tinggi.

Penggunaan PP juga memastikan top case ini lebih ringan dengan hanya 2.9kg sahaja dan mampu menampung berat sehingga 7kg.







