Motosikal

MAS2025: ‘TOP BOX’ GIVI ULTIMO DIPERKENAL – DARI RM200

GIVI Asia dengan rasminya memperkenalkan top box terbaru menerusi Ultimo Monolock untuk pasaran tempatan ketika di Malaysia Autoshow 2025.

Menurut GIVI, top box tersebut hadir dengan dua varian ULTIMO dan ULTIMO+ dan dijual pada harga bermula RM200.

Produk terbaru ini mengguna pakai bahan jenis PP (polipropilena) kelas tinggi yang dikenali dengan ketahanan jangka panjang sekaligus sesuai untuk kegunaan harian dan dalam cuaca panas dan hujan.

Atas kertas, ULTIMO dan ULTIMO+ ini menawarkan kapasiti seluas 35L dan boleh memuatkan sebuah helmet. Menariknya, penggunaan PP menyaksikan top box terbaru ini hanya seberat 2.9kg.

Berbeza dengan top box Matterhorn yang menggunakan bahan aluminium secara keseluruhan, ULTIMO pula hanya menggunakan PP namun begitu ULTIMO+ pula hadir dengan plat aluminium di bahagian atas sahaja.

Dalam pada itu, ULTIMO dan ULTIMO+ ini juga hadir dengan penyandar belakang buat pembonceng. ULTIMO dan ULTIMO+ boleh didapati di GIVI Point rasmi seluruh negara.

GALERI: GIVI ULTIMO DAN ULTIMO+

Google ads
Back to top button