
CIKGU SEKOLAH MEMANDU TERLANGGAR PEJABAT SENDIRI – LARI PELANGGAN MACAM NI GAYA
Insiden ni melakar tapi pada masa yang sama kesian juga pada yang terlibat. Seorang pengajar sekolah memandu kini menanggung malu yang boleh tahan besar selepas memandu masuk merempuh pejabat sendiri di Amerika Syarikat. Hai cikgu, tak puas hati gaji tak naik ke macam mana ni?
Gambar yang dikongsikan oleh jabatan polis Lakewood, Colorado menyatakan cuma seorang mangsa cedera ringan dalam insiden ini. Kecederaan paling besar pun tentunya berlaku pada ego si pemandu itu sendiri. Macam mana nak ajar orang lain kalau sendiri pandu rempuh dinding pejabat.
Kejadian tersebut berlaku bila pemandu sedang cuba memakir kenderaan tersebut, sebuah Hyundai Tucson yang dilihat dalam gambar. Hanya dalam sekelip mata kenderaan tersebut sudah dilihat merempuh dinding dan termasuk ke bahagian dalam bangunan.

Rasa-rasanya ini gara-gara terlebih tekan pedal minyak kot? Terbersin pun boleh jadi juga. Kalau di Malaysia rasanya sah-sah sebab guna telefon pintar. Korang rasa macam mana?
Tak kisah sebab apa pun tapi insiden sebegini sepatutnya tidak dilakukan oleh tenaga pengajar sekolah memandu. Kalau anak murid yang langgar itu dah kira biasa tapi kalau cikgunya sendiri memang rare habis.







