Buletin

BELAJAR MEMANDU GUNA MERCEDES-BENZ G-WAGON. KOS KURSUS MEMANDU BANGSAWAN BERMULA RM33,568!!!

Rata-rata sekolah memandu di Malaysia menggunakan khidmat Perodua Axia.

Berlainan pula, apabila anda berpeluang mengikuti kelas memandu β€˜bangsawan’ di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menariknya, korang boleh mengikuti kelas dengan menggunakan kenderaan seperti Mercedes-Benz G- Wagon, Porsche, Tesla Model X, C-200 ataupun Range Rover.

Bagaimanapun, anda terlebih dahulu perlu memilki wang yang banyak.

Ia berikutan kelas tersebut menelan kos kira-kira AS$8,000 (RM33,568).

Bukan itu sahaja, pihak sekolah memandu juga akan mengambil dan menghantar para pelajar dengan menggunakan kenderaan mewah.

Bahkan, diberi jaminan akan memperoleh lesen memandu dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sahaja.

Sekolah berkenaan turut menyediakan villa VIP untuk kursus peribadi serta simulator memandu maya.

Ia masih menawarkan pelajaran memandu asas tetapi perlu memandu kenderaan biasa. – autoevolution

Google ads
Back to top button