Buletin

TEMPAHAN ROYAL ENFIELD SUPER METEOR 650 KINI DIBUKA – BAKAL DILANCARKAN SECARA RASMI SEPTEMBER INI

Selepas dilancarkan di pasaran global Januari lalu, Royal Enfield kini membuka tempahan bagi jentera Super Meteor 650 baharu dan bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung September ini.

Untuk pasaran tempatan, ia tiba dalam dua varian iaitu Super Meteor 650 dan Super Meteor 650 Tourer.

Royal Enfield Super Meteor 650 dikemaskan lagi dengan lima warna berbeza iaitu Astral Blue, Astral Black, Interstellar Green, Celestial Red serta Celestial Blue.

Jentera baharu ini turut dipadankan bersama lampu LED dan menggunakan fork jenis USD selain dilengkapi komponen, bahagian casis dan swingarm serba baharu.

Perincian lain termasuklah mempunyai kapasiti tangki bahan api sebesar 15.7 liter, dengan ketinggian pelana sekitar 740mm serta sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran.

Dari segi kuasa, ia dipacu oleh enjin parallel-twin 650cc, berupaya menghasilkan 46.4hp pada 7,250rpm dan tork 52.3Nm pada 5,650rpm.

Untuk harga pula, Royal Enfield Super Meteor 650 dijangka diberi tanda harga sekitar RM40,000.

GALERI:

Google ads
Back to top button