Buletin

BELANJAWAN 2020: DISKAUN PURATA 18% UNTUK SEMUA TOL PLUS MULAI 2020

Dalam perkembangan berkaitan, Manifesto Pakatan Harapan sebelum ini ada menyatakan bahawa rundingan akan dilaksanakan untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk mengambil alih setiap konsesi tol.

Langkah itu bertujuan untuk menghapuskan kutipan tol secara berperingkat. Justeru, Jemaah Menteri sedang menimbangkan kesemua cadangan, termasuk daripada Khazanah Nasional Berhad untuk mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia Berhad.

Selaras dengan Manifesto Pakatan Harapan, rakyat boleh menikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS. Biarpun begitu, cadangan yang diterima hendaklah memberi impak positif fiskal dan tidak meningkatkan beban hutang dan bayaran khidmat hutang Kerajaan.

Diskaun tol sebanyak 18 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020 dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.

Google ads
Back to top button