Buletin

BELANJAWAN 2020: 4 LEBUH RAYA DIAMBIL ALIH. CAJ KESESAKAN WAKTU PUNCAK DIPERKENALKAN

Jemaah Menteri juga telah meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya iaitu:

  • Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuh Raya Sprint (SPRINT)
  • Terowong SMART (SMART)

Pengenalan caj kesesakan di mana caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30 peratus berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.

Langkah itu akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun, atau RM2 bilion sehingga akhir hayat konsesi.

Konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan tamat mengikut perjanjian konsesi sedia ada.

Pengambilalihan lebuh raya ini tidak akan membebankan Kerajaan kerana kos pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan akan dibiayai sepenuhnya melalui kutipan tol dan caj kesesakan tanpa memerlukan peruntukan daripada Kerajaan pada masa hadapan.

Google ads
Back to top button