Buletin

ISUZU D-MAX GENERASI KE-3 LANCAR HUJUNG APRIL 2021. TEMPAHAN SUDAH DIBUKA, BERMULA RM89,000!

Isuzu D-Max serba baharu bakal membuat penampilan sulung di Malaysia pada April ini, jauh lebih awal berbanding jangkaan asal pengenalannya pada 2022. 

Isuzu D-Max generasi ketiga itu tiba ke pasaran tempatan hanya 18 bulan selepas pengenalannya di peringkat global di Thailand. Tempahan pra-pelancaran trak pikap berkenaan sudah dibuka di semua pengedar Isuzu seluruh negara. 

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Dagang Ringan Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki, pengenalan lebih awal adalah hasil kerjasama Isuzu Motors Ltd yang melihat Malaysia sebagai satu pasaran strategik buat Isuz.

“Kami sangat gembira Isuzu D-Max serba baru dapat diperkenalkan lebih awal daripada jangkaan. Sebagai negara kelima di dunia yang melancarkan model ini, membukti komitmen Isuzu Motors untuk memastikan Malaysia menerima pilihan kenderaan Isuzu yang terkini,” katanya.

Isuzu D-Max telah dibangunkan secara menyeluruh untuk melangkaui kebiasaan yang ditawarkan pada trak pikap dengan menambah sisi emosi kepada perwatakan dan keupayaan yang sedia ada padanya. Direka untuk menjadi lebih menonjol dan sporty, ia tampil dengan imej jalanan lebih kental menerusi rekaan hadapan yang maskulin . Selain garis badan yang memberinya imej lebih dinamik.

Dengan dimensi keseluruhan lebih besar termasuk jarak antara roda yang lebih panjang, kabin lebih luas serta ruang kargo lebih besar, Isuzu D-Max memberikan keselesaan, ruang dan versatiliti.

Hadir dalam beberapa konfigurasi, single cab atau double cab dengan dua pilihan enjin iaitu RZ-4E 1.9 liter atau 4JJ-3TCX 3 liter yang telah dipertingkatkan, trak pikap itu dijangka dapat mengubah landskap pasaran segmen tersebut di Malaysia.

Memperoleh penarafan maksimum lima-bintang oleh ASEAN NCAP 2020, trak pikap terbaru Isuzu tersebut menawarkan tahap keselamatan untuk perlindungan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Turut membantu pemandu adalah ciri Advanced Driver Assist Systems (ADAS) yang ditawarkan pada varian terpilih.

Isuzu D-Max dijadual diperkenalkan pada hujung April 2021. Ia bakal dijual pada harga bermula RM89,000 hingga RM145,000 tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Maklumagt lanjut, sila layari laman Facebook Isuzu D-Max di https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/

Google ads
Back to top button