
BELI TIKET SUPER GT MALAYSIA 2025 DAN BERPELUANG MENANG SEBUAH GR SUPRA BERNILAI RM650,000!
Acara perlumbaan paling dinanti-nantikan tahun ini, SUPER GT Malaysia Festival 2025, bakal menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang Petronas dari 26 hingga 28 Jun.
Bagi peminat sukan permotoran, inilah peluang keemasan bukan sekadar menyaksikan aksi GT500 dan GT300, tetapi juga untuk memenangi sebuah Toyota GR Supra bernilai RM650,000!
Hadiah utama cabutan bertuah ini dibawakan khas oleh HARO Sports & Entertainment, selaku pemegang hak penganjuran rasmi pusingan Malaysia untuk siri AUTOBACS SUPER GT, dengan kerjasama Mastercard sebagai rakan rasmi pembayaran dan pengalaman.

Untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah, peminat perlu membeli tiket menggunakan kad Mastercard bermula 1 hingga 28 Jun. Tiket yang layak termasuk:
- Main Grandstand – RM250
- GT Suite – RM350
- GT Live! Rock Zone – RM500
- GT Club Paddock – RM2,000
- Experience, Ultimate & Dream Packages – bermula dari RM5,000
Untuk makluman, tiket Grandstand K1 tidak layak untuk cabutan bertuah ini.
Pengumuman pemenang akan dibuat secara langsung di atas pentas semasa konsert GT Live! selepas perlumbaan, menjanjikan detik mendebarkan di hadapan ribuan penonton.
“Tawaran hadiah GR Supra ini adalah satu penghormatan sempena kepulangan semula SUPER GT ke Malaysia selepas 12 tahun. Kerjasama bersama Mastercard membolehkan kami menjadikan hadiah ini satu kenyataan,” kata Rakan Pengurusan HARO Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan.

Perlumbaan, Festival dan Konsert Hebat, Semua Dalam Satu Tiket
SUPER GT Malaysia Festival 2025 bukan sekadar perlumbaan, tetapi sebuah festival gaya hidup Jepun dan permotoran yang merangkumi:
- Sajian makanan Jepun dan pameran budaya
- Perhimpunan kereta JDM
- Zon peminat, simulator perlumbaan dan pandu uji
- Persembahan daripada barisan artis antarabangsa dan tempatan
Konsert GT Live! akan menampilkan Tenxi, Naykilla & Jemsii (TNJ), kumpulan viral dari Indonesia dengan lagu popular “Garam & Madu (Sakit Dadaku)”, bersama kumpulan wanita J-Pop/M-Pop KLP48, serta artis tempatan seperti FAREEDpf K-Clique, Sabhi Saddi dan Kaka Azraff.
Turut berlangsung sepanjang hujung minggu perlumbaan adalah:
- Pusingan ke-2 Toyota GAZOO Racing Vios Challenge Musim 8, satu-satunya siri perlumbaan ‘one-make’ tempatan yang menampilkan pelumba profesional, selebriti dan bakat baharu.
- GR86 Cup Malaysia Series yang akan membuat penampilan sulungnya — memperlihatkan jentera sports coupe Toyota GR86 dalam dua perlumbaan sokongan selama 10 pusingan setiap satu.
Dengan UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia sebagai penaja utama, acara ini dijangka menjadi kemuncak kalendar permotoran Malaysia tahun ini.
Wakil Negara Turut Berentap
Malaysia akan diwakili dua pelumba berbakat dalam kelas GT300 iaitu Jazeman Jaafar bersama Kerong Li (Aston Martin Vantage GT3 EVO) dan Adrian D’Silva dengan rakan sepasukan Earl Bamber.
Bagi Jazeman, ini bukan sekadar perlumbaan biasa, “Ini adalah detik bersejarah dalam karier saya. Kami sudah merancang penyertaan sejak 2020, dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.”
Turut hadir memeriahkan festival ialah Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dengan jualan barangan rasmi pasukan SAMURAI BLUE, sebagai usaha mengukuhkan hubungan dengan peminat Asia yang menyokong bola sepak Jepun.
SUPER GT Malaysia Festival 2025 turut mendapat sokongan penuh daripada Tourism Malaysia, Tourism Selangor, dan merupakan antara acara istimewa menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Visit Selangor 2025.

Dapatkan Tiket Anda Sekarang!
Layari www.supergtmalaysia.com untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut. Anda juga boleh menyertai aktiviti dan permainan interaktif untuk memenangi tiket serta barangan eksklusif di:
- Sungei Wang Plaza (29 Mei–1 Jun, 6–8 Jun)
- Lot 10 (3–5 Jun)
Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlumbaan berprestij, konsert hebat, dan mungkin memandu pulang GR Supra!




