Buletin

SATU TIKET, SERIBU PENGALAMAN! KONSERT GT LIVE! BAKAL GEGARKAN SUPER GT MALAYSIA FESTIVAL 2025

Bersiap sedia untuk hujung minggu penuh aksi dan hiburan! Dengan harga serendah RM80, peminat sukan permotoran bakal disajikan bukan sahaja perlumbaan bertaraf antarabangsa, malah satu pesta muzik selepas perlumbaan yang menggegarkan – GT Live! – akan memeriahkan SUPER GT Malaysia Festival 2025 dari 26 hingga 28 Jun di Litar Antarabangsa Sepang Petronas.

Penganjur acara, HARO Sports & Entertainment bersama rakan kongsi Nihon Matsuri, hari ini mengumumkan bahawa festival ini bakal menjadi satu pengalaman luar biasa.

Bukan sekadar perlumbaan, festival ini akan turut menampilkan budaya Jepun, sajian makanan autentik, pameran automotif dan perhimpunan kereta JDM, semuanya boleh dinikmati dengan hanya satu tiket!

“SUPER GT Malaysia Festival bukan sekadar acara sukan. Ia adalah destinasi hiburan yang sesuai untuk semua lapisan peminat,” ujar Rakan Kongsi Urusan HARO Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan.

“Dengan satu tiket, anda bukan sahaja menyaksikan perlumbaan hebat, tetapi juga disajikan pelbagai tarikan lain, daripada GT Live! hingga pengalaman budaya dan automotif.”

Buat pertama kali, GT Live! akan membawakan barisan artis serantau yang sedang mendominasi platform sosial.

Trio dari Indonesia yang menjadi fenomena, TNJ (Tenxi, Naykilla & Jemsii), akan membuat penampilan secara langsung dengan lagu hits seperti “Garam & Madu (Sakit Dadaku)”.

Turut serta ialah kumpulan gadis J-Pop dan M-Pop sensasi KLP48, serta barisan bakat tempatan seperti FAREED dari K-Clique, Sabhi Saddi, dan Kaka Azraff.

Tiket pra-jualan GT Live! kini ditawarkan pada harga promosi serendah RM80. Pilihan tempat duduk lain termasuk K1 Grandstand (RM100), Main Grandstand (RM250), GT Suite (RM350), GT Live! Rock Zone (RM500) dan GT Club Paddock (RM2,000).

Lebih menarik, tahun 2025 juga menyaksikan UMW Toyota Motor dan Toyota GAZOO Racing Malaysia sebagai Penaja Utama festival ini.

Festival ini turut akan menganjurkan Pusingan Kedua Toyota GAZOO Racing Vios Challenge 2025, satu-satunya siri perlumbaan satu model tempatan yang mempertemukan pelumba profesional, selebriti, dan pelumba muda dalam kereta Toyota Vios.

Antara tarikan lain dari dunia Toyota GAZOO Racing termasuk:

  • Paparan eksklusif kereta lumba dan model baharu
  • Zon interaktif dan simulator untuk peminat
  • Penampilan istimewa daripada pelumba dan duta Toyota GAZOO Racing
  • Jualan barangan rasmi dan hadiah menarik

Lebih banyak aksi bakal menghangatkan trek apabila siri GR86 Cup Malaysia membuat penampilan sulungnya.

Disokong oleh Toyota dan Bridgestone (Pembekal Tayar Rasmi), siri satu model ini mengetengahkan Toyota GR86 dalam dua perlumbaan 10 pusingan sepanjang hujung minggu SUPER GT di Sepang, dengan dua lagi pusingan dijadualkan dalam tahun yang sama.

Dalam usaha memperluas pengaruh sukan ini, HARO Sports & Entertainment turut bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) sebagai Rakan Strategik, dalam inisiatif merapatkan dua dunia, bola sepak dan sukan permotoran, melalui kandungan kreatif SERTA komersial yang saling menguntungkan.

Rakan lain yang menyertai festival ini termasuk CraftLab Asia sebagai Rakan Visual Rasmi, bertanggungjawab dalam rekaan visual dan pembalutan kereta untuk siri jelajah acara.

SUPER GT Malaysia Festival 2025 dianjurkan bersempena Visit Selangor 2025 dan Visit Malaysia Year 2026, dengan sokongan rasmi daripada Tourism Malaysia dan Tourism Selangor.

Untuk info lanjut dan pembelian tiket, layari: www.supergtmalaysia.com

Google ads
Back to top button