
HANYA 100 SAAT UNTUK PENUHKAN BATERI EV ANDA – INI BARU BETUL
Hanya seratus saat untuk penuhkan kuasa bateri? Pengecas apa yang diorang pakai? Bukan pengecas yang menjadi watak utama tapi teknologi penukaran bateri sebenarnya yang memainkan peranan. Konsep ini pernah disuarakan oleh Tesla tapi kini syarikat China yang lebih ke hadapan.

Nio kini mendahului dunia dengan teknologi tukaran bateri. Mereka sedang giat membina ribuan stesen khas di China dan beberapa cawangan seumpamnya juga mula muncul di Eropah. Lepas ni tak payah cucuk-cucuk kabel pengecas dah. Tukar ke terus bateri dan jalan.
Minggu ini, Changan Automobile telah mengeluarkan 1,000 unit Oshan 520 sedan untuk kegunaan syarikat teksi. Ia model yang sangat penting kerana inilah kereta pertama yang akan menggunakan teknologi tukaran bateri Choco-SEB keluaran CATL.

Kehebatan teknologi tukaran bateri ini kecepatan masa yang diambil. Ia hanya mengambil masa kurang dari 100 saat menjadikan ia lebih pantas dari pengisian semula petrol oleh kenderaan berkuasa ICE.
Chongqing kini mempunyai 34 stesen penukaran Choco-SEB dan menjelang hujung tahun ini dijangkakan 1,000 stesen sama akan wujud di 31 bandar utama seluruh China.
Untuk rekod, CATL ialah pembekal bateri EV terbesar di dunia dan membekalkan bateri kepada GAC, Chery, Nio, SAIC, FAW, BAIC dan banyak lagi syarikat lain. Ini bermakna kenderaan akan datang dari jenama-jenama disebutkan juga boleh menggunakan stesen tukaran yang sama.
Pemandu teksi contohnya memang mendapat manafaat yang besar dari teknologi ini. Bayangkan kuasa bateri penuh boleh diperolehi dalam masa kurang dari seratus saat. Nak pergi kencing pun tak sempat, bateri dah penuh. Dalam dunia di mana setiap saat adalah berharga, teknologi ini merupakan satu rahmat dan nikmat yang wajar disyukuri.
Kredit carscoops.com