Buletin

BELUM AJAL. MYVI KUNING REMUK TERUK DIHENTAM LORI, PEMANDU TERSELAMAT

Sebuah lori yang biasanya digunakan untuk membawa pasir atau tanah hilang kawalan sebelum melanggar sehingga tujuh buah kereta yang sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi.

Kejadian yang dirakam oleh kamera papan papan pemuka sebuah kereta itu didakwa berlaku kerana lori berkenaan mengalami masalah brek. Akibatnya, kereta yang terlibat seperti Proton X70, Perodua Myvi, Honda Jazz dan Kia Sorento rosak teruk. 

Rempuhan yang kuat itu turut menyebabkan sebuah kereta melanggar sebatang pokok dan terangkat ke atas. Apa yang pasti, sebuah Myvi berwarna kuning yang menerima impak paling kuat daripada lori berkenaan dilihat remuk teruk. 

Namun, syukur alhamdulillah pemandunya dilihat tidak sebarang kecederaan serius. Malah orang ramai yang berada di tempat kejadian dan membantu dengan menolak lori tersebut, bersorak dan bertepuk tangan apabila lelaki berkenaan berjaya keluar dari keretanya. 

Keadaan pemadu lori atau mangsa yang lain bagaimanapun masih belum dapat dipastikan. – Youtube Agenda Daily

Google ads
Back to top button