Buletin

BENGKEL CAT TERBAKAR, 14 KERETA DAN SEBUAH MOTOSIKAL MUSNAH

Sebanyak 14 kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel mengecat kenderaan di Pengkalan 1, Pasir Puteh, Ipoh Perak pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan MERS 999 pada jam 8.31 malam.

“Kebakaran itu melibatkan bengkel mengecat kenderaan yang musnah 70 peratus. Kejadian turut memusnahkan 14 kereta pelbagai model serta sebuah motosikal.

“Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan operasi pemadaman diteruskan menggunakan aliran air sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Operasi itu turut melibatkan jentera dari BBP Simpang Pulai serta Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru, Menglembu dan Pasir Pinji. Operasi tamat pada jam 12.52 tengah malam. – Astro Awani

Google ads
Back to top button