Buletin

POLIS KEJAR AMBULANS CURI SELAMA 2 JAM. MACAM DALAM FILEM PULA

Pihak polis terpaksa mengejar sebuah ambulans yang dicuri selama hampir dua jam dalam aksi dramatik di Texas, Amerika Syarikat (AS).

Ambulans berkenaan dibawa lari dari Balai Bomba No 53 pada Isnin lalu dan dilihat berada di tenggara daerah Dallas.

Pihak berkuasa cuba menghentikan pemandu lelaki terbabit tetapi dia enggan berhenti sehingga berlaku kejadian kejar-mengejar selama dua jam.

Menurut laporan NBCDFW, pemandu berkenaan merentas beberapa daerah seperti Dallas, Kaufman dan Collin malah ketika aksi kejar-mengejar, suspek memandu arah bertentangan aliran trafik.

Dalam rakaman kejadian tersebut, lelaki itu memandu di lebuh raya dan jalan-jalan pinggir bandar untuk mengelak pihak berkuasa yang mengejarnya.

Bagaimanapun, selepas hampir dua jam cuba melarikan diri, lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa.

Ironinya, ambulans yang dibawa lari tersebut pernah dicuri pada bulan Februari lalu. – carscoops

Google ads
Back to top button