
BENTLEY EXP 15 – BAYANGAN MODEL KONSEP MASA HADAPAN DARIPADA MODEL LAGENDA
Bentley Motors telah memperkenalkan satu lagi model di dalam studio reka bentuk serba baharu yang terkini, khusus untuk konsep visi mewah dan telah mula membuka pintunya kepada umum secara rasmi minggu ini.
Inilah dia EXP 15 yang mewakili visi reka bentuk Bentley untuk masa depan, dengan mengambil inspirasi daripada warisan Grand Tourer awal abad ke-20 dan mentafsirnya dengan cara abad ke-21 yang moden sepenuhnya.

Model ini mempunyai fizikal luaran bersaiz penuh lebih daripada lima meter itu dan diilhamkan daripada model lagenda Bentley Speed Six itu mempunyai gril tegak ikonik, bonet panjang ‘tidak berkesudahan’ dan kabin belakang yang mengingatkan terhadap model coupe Bentley Speed Six Gurney Nutting Sportsman 1930, juga sering dikenali sebagai “Blue Train”
Tetapi dalam kombinasi dengan permukaan luaran ultra-moden, butiran pencahayaan berteknologi tinggi dan elemen aerodinamik yang aktif, model konsep 2025 ini berakar kukuh pada masa kini dan akan datang. Walaupun model ini sememangnya tidak bermatlamat untuk pengeluaran atau pun jualan, setidaknya EXP 15 juga memberikan petunjuk kepada reka bentuk Bentley masa depan termasuk kereta elektrik sepenuhnya pertama jenama itu yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Di dalam kabinnya, pendekatan reka bentuk adalah sama seperti pemikiran ke hadapan. Dicipta menggunakan perisian realiti maya (VR) untuk membolehkan pelanggan melihat dan mengalami pelbagai kemungkinan konfigurasi, ia menggabungkan ciri dalaman kereta fizikal kontemporari yang biasa seperti tempat duduk mewah, papan pemuka berbentuk sayap, stereng, dail dan suis dengan elemen digital futuristik yang memukau yang boleh diketengahkan atau disepadukan bersama ke latar belakang mengikut keperluan mood pemandu atau keperluan dengan fungsi diperlukan.

Ruang kabin juga agak unik dengan hanya menempatkan tiga tempat duduk sahaja dengan keperluan ruang menyimpanan tambahan atau pun untuk membawa binatang peliharaan Ruang tempat duduk ini mempunyai kepelbagaian fungsi dengan keupayaan konfigurasi untuk keselesaan penumpang.
Walau hanya paparan visual sahaja dan tiada sebarang hebahan mengenai teknikal membabitkan trenkuasa elektriknya, namun Bentley Motor pastinya sudah bersedia untuk menawarkan sesuatu yang baharu untuk model elektriknya yang dijangka diperkenalkan pada tahun 2026.
BACA : BENTLEY MULSANNE GRAND LIMOUSINE 2016 INGIN DILELONG. ADA 12 UNIT AJA NI OI DALAM DUNIA!
BACA : BENTLEY FLYING SPUR SPEED BAHARU – LAGI LAJU DAN LAGI POWER DENGAN TRENKUASA BAHARU

