Buletin

BFGOODRICH DAY 2023, MENGENALI TAYAR PRESTASI TINGGI UNTUK SEMUA KEADAAN

Kuala Lumpur, 8 November 2023 – BFGoodrich baru sahaja mengadakan ‘BFGoodrich Day 2023’ buat kali pertama – sebuah acara eksklusif yang memberi peluang unik kepada tetamu-tetamu undangan untuk mereka mengalami sendiri ciri-ciri dan prestasi pemanduan yang dibekalkan oleh tayar BFGoodrich, di atas dan juga di luar jalan raya; sambil mereka meneroka kekayaan sejarah dan warisan BFGoodrich melalui rangkaian produk tayarnya.

Program yang berlangsung dari 3 hingga 11 November 2023, di Khao Yai National Park, Nakhon Ratchasima, Thailand; acara istimewa ini menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 wakil pengedar, warga media dan juga pempengaruh dari 8 buah negara di Asia Timur dan Oceania – iaitu, Australia, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Korea Selatan, Thailand, dan Vietnam.

BFGoodrich Day 2023 mempersembahkan Zon Pameran dan 5 Stesen Bengkel. Zon Pameran menampilkan kekayaan sejarah dan legasi jenama BFGoodrich yang berusia lebih 150 tahun. Diasaskan di Amerika Syarikat pada tahun 1870 oleh Dr. Benjamin Franklin Goodrich, jenama BFGoodrich telah menjadi sebahagian daripada Michelin Group sejak 1990.

Antara inovasi rintisnya sejak penubuhannya termasuk tayar radial Amerika yang pertama, tayar radial untuk Semua Permukaan dan Permukaan Berlumpur yang pertama di dunia, serta tayar pilihan rasmi Columbia Space Shuttle. Banyak acara sukan permotoran yang popular di dunia telah dijuarai dengan tayar BFGoodrich – termasuk Le Mans 24 Hours, Baja 1000, dan Dakar Rally.

Selain berkongsi pelbagai maklumat, Zon Pameran tersebut juga telah menampilkan seluruh rangkaian produk BFGoodrich, yang meliputi tayar jalan raya dan luar jalan raya.
BFGoodrich Trail Terrain T/A – tayar premium dengan prestasi jalan raya yang cemerlang, dan daya prestasi ringan di luar jalan raya.

BFGoodrich All-Terrain T/A KO2 – tayar ikonik untuk jentera 4×4, 4×2, SUV, dan pikap tinggi dengan cengkaman luar jalan raya yang hebat, walaupun merentasi permukaan yang amat mencabar.

BFGoodrich Mud-Terrain T/A KM3 – tayar yang “wajib” dimiliki oleh peminat tegar aktiviti ‘offroad’ yang menginginkan kelasakan serta cengkaman ekstrem.

BFGoodrich Advantage Touring – tayar jalan raya yang sangat berbaloi, sempurna untuk aktiviti pemanduan harian di kawasan urban, dirumus khas untuk memberi keyakinan kepada pengguna jalan raya.

BFGoodrich g-Force Phenom – tayar jalan raya berprestasi tinggi yang bertujuan untuk menaik taraf pengalaman pemanduan para pengguna, dalam keadaan jalan yang basah ataupun kering.

Pengalaman memandu yang mengujakan menanti para peserta di 5 Stesen Bengkel yang disediakan, dua antaranya ditujukan untuk aktiviti ‘offroad’ (‘cross country’, ‘hotlap’, dan ‘offroad buggy’) mengambil tempat di Wild Calling Farm Park, sebuah lapangan perkhemahan yang dikelilingi dengan gunung-ganang; dua lagi adalah untuk aktiviti ‘onroad’ (pengendalian & pembrekan, litar mini, dan ‘hotlap’) terletak di 8 Speed Motor Track, sebuah lokasi versatil untuk aneka acara selain perlumbaan, iaitu di atas perkarangan seluas hampir 20 ekar; dan sesi kembara ke Khao Yai Tieng, sebuah destinasi pergunungan dengan pemandangan yang mempesonakan.

Para peserta akan mengalami pengalaman memandu yang mengujakan di 5 Stesen Bengkel yang telah disediakan. Dua daripadanya dikhaskan untuk aktiviti ‘offroad’ seperti ‘cross country’, ‘hotlap’, dan ‘offroad buggy’ yang berlangsung di Wild Calling Farm Park, sebuah lapangan perkhemahan yang dikelilingi oleh gunung-gunang.

Sementara itu, dua lagi stesen adalah untuk aktiviti ‘onroad’ seperti pengendalian dan pembrekan, litar mini, dan ‘hotlap’ yang terletak di 8 Speed Motor Track, sebuah lokasi versatil seluas hampir 20 ekar, dan sebuah sesi kembara ke Khao Yai Tieng, destinasi pergunungan dengan pemandangan yang memukau juga bakal diadakan

Google ads
Back to top button