Buletin

JETOUR T1 RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, HARGA DARI RM129K

JETOUR T1 akhirnya dilancarkan, sekaligus mengukuhkan perancangan JETOUR untuk memperluaskan penawaran kenderaan utiliti sukan mereka di pasaran Malaysia.

JETOUR T1 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 1.5L TGDi 2WD dan 2.0L TGDi XWD. Harga diumumkan bermula dari RM129,800 bagi varian 1.5L TGDi 2WD, manakala versi 2.0L TGDi XWD dianggarkan bermula RM146,800.

SUV ini turut tampil dengan empat pilihan warna luaran terdiri daripada;

  • Khaki White
  • Aviation Silver
  • Sand Gold
  • Carbon Black

Bagi varian asas 1.5L TGDi 2WD, ia dijana enjin turbo suntikan terus 1.5 liter yang dipadankan bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan bagi memberikan pemanduan yang lancar serta responsif.

Sementara itu, varian 2.0L TGDi XWD hadir dengan enjin turbo suntikan terus 2.0 liter yang lebih berkuasa serta dilengkapi sistem 7+X mod pemanduan untuk keupayaan lebih versatil dalam pelbagai keadaan jalan.

Di dalam kabin, kedua-dua varian menawarkan pendekatan berbeza mengikut keperluan pengguna. Varian 1.5L TGDi 2WD memberi fokus kepada praktikaliti dan keselesaan harian, manakala versi 2.0L TGDi XWD tampil lebih premium dengan pelbagai ciri tambahan.

Antara spesifikasi utama JETOUR T1 1.5L TGDi 2WD:

  • Enjin 1.5L turbo direct injection
  • Transmisi dwi-klac 7-kelajuan
  • Kuasa 125Kw, 270Nm tork
  • Tempat duduk kulit sintetik
  • Kerusi pemandu larasan kuasa
  • Skrin multimedia 12.8-inci
  • Sistem audio 8 pembesar suara
  • Pencahayaan ambien monokrom

Antara spesifikasi utama JETOUR T1 2.0L TGDi XWD:

  • Enjin 2.0L turbo direct injection
  • Sistem 7+X mod pemanduan
  • Kuasa 180kW, 375Nm tork
  • Skrin multimedia 15.6-inci
  • Sistem audio premium SONY 9 pembesar suara
  • Pencahayaan ambien 64 warna
  • Kerusi pemandu dengan fungsi memori
  • Kerusi penumpang hadapan larasan kuasa
  • Sunroof panoramik

Dari aspek keselamatan, JETOUR T1 turut menerima penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP berdasarkan protokol penilaian 2021–2025, sekali gus menambah keyakinan pengguna terhadap tahap perlindungan yang ditawarkan SUV tersebut.

Seperti dinyatakan di atas, harga JETOUR T1 ditawarkan bermula dari RM129,800 bagi varian 1.5L TGDi 2WD, manakala versi 2.0L TGDi XWD dianggarkan bermula RM146,800.

Sempena pelancaran, JETOUR menawarkan rebat tunai sebanyak RM2,000 bagi 2,000 pelanggan terawal selain, kadar faedah serendah dari 1.68 peratus.

Turut disertakan adalah lima kali servis percuma, jaminan kenderaan tujuh tahun/150,000km  dan jaminan enjin 10 tahun/1,000,000km.

GALERI:

Google ads
Back to top button