
MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC CKD RASMI DIPERKENALKAN – 258HP, HARGA BERMULA RM378K
Mercedes-Benz Malaysia secara rasmi memperkenalkan GLC 300 4MATIC versi CKD dan didatangkan dalam varian tunggal.
Dari luaran, model ini menampilkan rim aloi AMG 21-inci, tip ekzos berwarna krom, apron depan AMG serta dipadankan bersama lampu utama Digital Light.
Di bahagian dalam, ia menerima kemasan upholsteri kulit Artico, stereng balutan kulit Nappa, pedal sports AMG selain, dilengkapi skrin kluster digital 12.3-inci, skrin 11.9-inci di bahagian tengah dan sistem operasi MBUX.

Perincian lain termasuklah sistem audio Burmester 3D dengan 15 pembesar suara, bantuan navigasi serta ciri HANDS-FREE ACCESS.
Untuk rekod, GLC 300 4MATIC 2023 menyediakan ruang kargo sebesar 620 liter.
Bagi ciri keselamatan, perincian adalah seperti berikut:
- Blind Spot Assist
- Active Lane Keeping Assist
- Active Brake Assist
- Kamera 360 darjah
- Active Parking Assist.

Bukan itu sahaja, Mercedes-Benz turut memuatkan sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz seperti perlindungan kenderaan Guard 360, penggera anti kecurian, pemerhati tekanan angin tayar Pre-Safe, Tirefit dan pengimbas cap jari.
Beralih kepada kuasa, model ini dijana oleh pakej enjin sama, iaitu unit petrol empat silinder 2.0 liter turbo, bersama sistem hibrid ringkas.
Nadi berkenaan berupaya menghasilkan 258hp pada 6,000rpm dan tork 400Nm dari 2,000rpm hingga 3,200rpm.
Ia dipadankan bersama transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic dan sistem pacuan semua roda.
Anda boleh memiliki Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC CKD bermula dari RM378,888 atau bulanan serendah RM2,988 menerusi pelan pembiayaan Step Up Agility+.
Sebagai perbandingan, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC CKD adalah RM51,000 lebih murah berbanding model CBU, RM429,888.
GALERI:






- BACA: AMANDA ZHANG KINI BERGELAR CEO, PRESIDEN BAHARU MERCEDES-BENZ MALAYSIA
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR DUA MODEL BAHARU – EQS 53 4MATIC+ DAN EQE 53 4MATIC+, HARGA BERMULA RM649K
- BACA: MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR SEDAN C-CLASS VERSI CKD, DARI RM288K
- BACA: MERCEDES-BENZ GLC 300 e 4MATIC KINI DI MALAYSIA. 320PS/700NM, RM374K. TEMPAHAN SELEPAS 1 JULAI, HARGA JADI RM399K!




