Buletin

UBER TAWAR KHIDMAT TEKSI UDARA DI MELBOURNE MULAI 2023

Syarikat pengangkutan ride-hailing Uber telah memilih bandaraya Melbourne sebagai salah satu dari tiga bandar utama yang bakal dilancarkan pengangkutan udara.

Ia bakal menggunakan “teksi udara” pertama dunia dan ujian pertama akan dibuat pada 2020 dan pelancarannya akan dilangsungkan pada 2023.

Berikut ialah fakta tentang pengangkutan udara tersebut.

  • Perkhidmatan ini akan menggunakan helikopter kecil yang menggunakan tenaga elektrik yang boleh naik dan mendarat secara menegak.
  • Kertas kerja untuk pengangkutan Uber Air ini telah dimulakan sejak 2016 dan ia bercadang menggunakan platform pelancaran dan pendaratan di atas bangunan dan juga helipad
  • Pihak autoriti Penerbangan Sivil Australia memberitahu perhidmatan tersebut akan menjadi realiti dalam masa lima tahun lagi.
  • Uber akan menubuhkan satu lagi cabang syarikatnya iaitu Uber Air. Ujian sama turut dibuat di bandaraya Dallas dan Los Angeles, Amerika Syarikat.
  • Format laluan yang dirangka untuk fasa 1 ialah pengangkutan dari lapangan terbang ke pusat startegik dalam bandar.

Pengumuman ini dibuat oleh pejabat Uber di Washington setelah Uber Elevate mencapai persetujuan dengan pihak di Australia seperti Melbourne Airport, Macquarie Capital, Scentre Group dan Telstra.

Menurut Susan Anderson, pengurus Uber wilayah Australia dan Asia Utara, keunikan demografi dan ruang udara Melbourne disertai dengan budaya inovasi dan teknologi di sana membuatnya dipilih menjadi lokasi pelancaran Uber Air.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Penerbangan Sivil Australia (CASA) yang dihubungi ABC menjelaskan bahawa pihak mereka akan memastikan semua peraturan dipatuhi sebelum Uber Air dibenarkan beroperasi.

Menerusi perkhidmatan ini, Uber akan menggunakan kenderaan kecil yang digerakkan dengan listrik yang mampu terbang dan mendarat secara vertikal – yang dinamakan VTOL (vertical take off and landing).

Dalam rencana yang pernah diterbitkan dalam kertas kerja Uber Elevate tahun 2016, dinyatakan bahawa VTOL akan beroperasi menggunakan kawasan seperti landasan helikopter yang sudah ada atau di tingkat paling atas bangunan parkir kenderaan.

“Kenderaan ini akan menggunakan teknologi yang sama seperti yang digunakan helikopter saat ini,” seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja tersebut.

“Namun helikopter terlalu bising, tidak efisien, menimbulkan pencemaran, serta mahal untuk digunakan dalam skala besar.”

VTOL juga akan menggunakan teknologi automatik bagi mengurangkan kemungkinan faktor kesalahan manusia sebagai operator.

Google ads
Back to top button