
QJMOTOR SRK 421 S MENDARAT DI CHINA – 76.4HP, 39NM
QJMotor memperkenalkan model sportsbike empat silinder terbaru untuk pasaran global kali ini menerusi QJMotor 421S.
Menurut QJMotor, SRK 421 S merupakan naik taraf dari SRK 421 dan ditawarkan dalam dua varian, Active dan Racing masing-masing dijual pada harga CNY28,999 (RM17.5k) dan CNY32,999 (RM19.9k)

Menariknya, SRK 421 S ini direka sepenuhnya pereka motosikal terkenal, Adrian Morton, yang merupakan pereka bagi MV Agusta sebelum ini. Hasilnya, SRK 421 S tampil dengan reka bentuk yang lebih agresif dan sporty yang diilhamkan dari jet pejuang.
Bahagian hadapan menempatkan lampu LED dengan DRL dan dipadankan bersama winglet di bahagian kiri dan kanan sementara bahagian belakang pula menempatkan lampu berbentuk X.
Menggerakan SRK 421 S adalah enjin empat silinder 421cc yang berupaya menjana 77.5hp pada 14,000rpm dan 39Nm pada 13,000rpm. QJMotor memaklumkan bahawa jentera ini mampu rev sehingga 14,500rpm.

Bagi menemani enjin empat silinder tersebut, QJMotor turut mereka semula sistem ekzos agar menghasilkan bunyi yang lebih padu dan jelas.
Varian Racing dilengkapi dengan komponen yang lebih premium antaranya fork Marzocchi di hadapan dengan penyerap hentak Marzocchi di belakang, brek Brembo M4.32, quickshifter, cruise control, dan tiga mod menunggang, Standard, Power dan Rain.
Segala maklumat dan tetapan boleh dilakukan menerusi meter TFT 6.2-inci yang boleh disambungkan ke telefon pintar bagi mengakses fungsi seperti TPMS (tyre pressure monitoring system).
Ketinggain tempat duduk SRK 421 S ini adalah 790mm dengan berat 177kg.
GALERI: QJMOTOR SRK 421 S
















