Motosikal

PROTOTAIP KAWASAKI VERSYS 900 SERBA BAHARU DIKESAN DI EROPAH

Buat pertama kalinya, Kawasaki bakal menyediakan model tourer yang bakal bersaing secara langsung dengan Yamaha Tracer 9 GT selepas sebuah model didakwa sebagai Versys 900 dikesan di Eropah. 

Motorradonline telah memuat naik beberapa gambar yang didakwa sebagai Versys 900 dirakamn di Eropah. Meskipun separuh dari motosikal tersebut ditutup namun terdapat beberapa ciri yang memberi bayangan bahawa ini bukan Versys 650 baharu atau Versys 1100. 

Pertamanya, gambar tersebut mendedahkan penggunaan brek kaliper radial empat pot berkembar seperti yang terdapat pada Versys 1100. Untuk rekod, Versys 650 pula menggunakan brek axial. 

Ciri yang mengesahkan bahawa model dalam gambar tersebut bukannya Versys 1100 adalah ketiadaan lampu ‘cornering lights’ pada bahagian sisi panel badan. 

Bagi yang berasakan gambar tersebut mungkin merujuk pada Z900 baharu, ingin kami jelaskan bahawa fender hadapan adalah mirip dengan Versys 650 dan Versys 1100 sementara Z900 diengkapi dengan reka bentuk fender yang berbeza. 

Sementara itu, ciri yang menguatkan dakwaan bahawa ini adalah Versys 900 serba baharu adalah penggunaan swingarm dan sproket belakang yang sama diguna pakai pada Z900 dan Z900RS. 

Memandangkan model dalam gambar ini berada dalam keadaan yang lengkap kami menjangkakan Kawasaki akan memperkenalkan Versys 900 ini di EICMA 2026. 

Google ads
Back to top button