Buletin

BMW 320i M SPORT & BMW 330i M SPORT EDISI TERHAD 2022. BERMULA RM263K

BMW Malaysia hari ini melancarkan edisi BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport baharu. Jentera pemasangan tempatan itu , hadir dengan kelengkapan tambahan untuk meningkatkan lagi pengalaman pemanduannya. 

BMW 320i M Sport Edisi Terhad didatangkan dengan Pakej M Sport merangkumi set roda aloi ringan M bersaiz 18 inci bersama rekaan 790 M. Ruang kabin pula dilengkapi stereng sport boleh laras yang dibalut kulit, di samping bumbung antrasit.

BMW 330i M Sport Edisi Terhad pula menampilkan bumbung kaca elektrik serta sistem bunyi keliling Harman Kardon. Tarikannya ditambah dengan set roda aloi ringan M 19 inci dengan gayaan 791 M.

Tawaran warna luaran untuk kedua-dua model edisi terhad ini termasuk Alpine White, Black Sapphire, Mineral Grey dan M Portimao Blue. Upholsteri dalaman ditawarkan secara eksklusif dalam material kulit Vernasca rona hitam.

Menerusi Easy Drive Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport edisi terhad itu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula RM2,663 dan RM3,237 sebulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

Pemilik akan dapat merasai pengalaman pemilikan premium yang meliputi:

  • Waranti tanpa had perbatuan sehingga 5 Tahun oleh BMW serta program servis berjadual percuma
  • Bantuan tepi jalan dan talian kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+, BMW Privileges Card
  • Servis dalam talian BMW

Harga jualan BMW 320i M Sport dan BMW 330i M Sport Edisi Terhad aharu, termasuk servis, pembaikan BMW, cukai jualan dan perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

  • BMW 320i M Sport – RM262,800
  • BMW 330i M Sport – RM304,800

GALERI

Google ads
Back to top button