Buletin

BMW 5 SERIES HYBRID eDRIVE – RM343,800 SEUNIT, PENGGUNAAN BAHAN API CUMA 2.0l/100km SAHAJA!   

BMW Group Malaysia semalam memperkenalkan BMW 5 Series Hybrid dengan Teknologi eDrive buat pertama kalinya.

Ditawarkan pada harga RM343,800SEUNIT, BMW 530e Sport serba baharu merupakan model BMW iPerformance kelima yang diperkenalkan di Malaysia. Sekali gus mengukuhkan lagi kepakaran BMW dalam teknologi plug-in hybrid.

Sedan premium ini hadir dengan teknologi eDrive, inovasi baharu yang diambil daripada Mobiliti masa depan BMW i.

“BMW 530e Sport membolehkan kami untuk menawarkan portfolio paling besar berbanding mana-mana pengeluar kenderaan dalam negara, seterusnya membuktikan komitmen kami terhadap aspek Visionary Mobility di Malaysia,” kata Ketua Jualan BMW Malaysia, Raymond Tan.

Harus tahu bahawa 55 peratus model keseluruhan BMW di Malaysia ialah kenderaan hibrid dengan Teknologi eDrive. Sekali gus BMW Group Malaysia di tangga tiga teratas di dunia dari segi penyerahan kenderaan plug-in hybrid.

BMW Group Malaysia mencatat rekod jualan tertinggi untuk model BMW X5 xDrive40e menerusi penyerahan lebih 3,000 unit pada tahun 2017 sahaja. Ini menjadikan Malaysia sebagai pasaran kedua terbesar selepas Amerika Syarikat untuk model tersebut.

Melaysia juga merupakan pasaran ketiga terbesar untuk model BMW 330e dan BMW 740Le xDrive dengan lebih 2,3000 unit dan lebih 450 unit diserahkan kepada pelanggan pada tahun 2017.    

Reka bentuk yang atletik

BMW 530e Sport merupakan model paling inovatif dalam kelasnya. Ia menawarkan pelbagai sistem bantuan pemandu dalam semua mode termasuklah eDrive. Sedan perniagaan premium ini berjanji untuk menawarkan pengalaman pemanduan dinamik yang sememangnya sinonim dengan jenama BMW, bersama kecekapan luar biasa dan praktikaliti bagi pemanduan harian.

Jentera ini hadir dalam varian Sport Line yang dipasang dengan lampu LED, lampu sisi dan lampu nyalaan siang yang melengkapkan lagi penampilan bampar hadapan berwarna hitam berkilat itu.

Bagi memberi lebih kemudahan, BMW 530e Sport serba baharu dilengkapi ciri Comfort Access.

Penampilan sporty sedan perniagaan premium baharu varian eDrive ini diserlahkan dengan paip ekzos berkembar pada bahagian kiri dan kanan. Dipasang dengan rim aloi ringan 19” V-Spoke, BMW 530e Sport membayangkan pengalama pemanduan yang lincah.

Kuasa dinamik

BMW 530e Sport dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder sebaris BMW TwinPower Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 184hp dan tork 320Nm.

Digabungkan dengan motor elekrik daripada sistem BMW eDrive, ia berupaya menawarkan output keseluruhan 252hp dan tork 420Nm. Sekali gus membolehkan kereta ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa hanya 6.2 saat.

Dengan kelajuan maksimum 235km/j, BMW 530e Sport nyata mendahului segmennya apabila cuma menggunakan bahan api sekitar 2.0l/100km dan emisi CO2 yang rendah iaitu 46g/km.   

Lebih menarik lagi, sedan ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 48km dengan pecutan maksimum mencecah 140km/j – terbaik dalam kelasnya. 

Sistem eDrive boleh diubahsuai dengan lebih tepat berdasarkan kepada perjalanan melalui tiga mode pemanduan yang inovatif: AUTO eDrive, MAX eDrive dan BATTERY CONTROL.

BMW 5 Series Hybrid hadir dalam warna kelabu, biru, putih dan hitam.  (Kemasan kulit berwarna hitam sesuai dipadankan dengan semua warna luaran tersebut. Manakala kemasan kulit berwarna coklat (Dakota Cognac) sesuai untuk warna hitam, kelabu atau putih.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button