Buletin

BMW GROUP MALAYSIA TAWAR DISKAUN 20% DAN REBAT RM300 KOS TUNDA KEPADA PELANGGAN TERJEJAS BANJIR

BMW Group Malaysia mengumumkan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas pembaikan komponen kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad yang terkesan akibat banjir. 

Pusat pengedar sah juga akan menawarkan rebat RM300 bagi kos menunda kepada pelanggan yang terlibat. 

“Berikutan banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia, kami komited untuk memudahkan

pengalaman pemilikan para pelanggan, terutama ketika waktu yang mencabar ini. 

“Jadi, BMW Group Malaysia dan jaringan wakil pengedar kami bersedia untuk menawarkan sokongan yang diperlukan oleh pelanggan,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser. 

Para pemilik digalakkan untuk menghubungi pusat pengedar sah an bertauliah atau BMW Roadside Assistance untuk maklumat lanjut. 

Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan (Customer Interaction Centre) di talian 1 800 88 3000. Diskaun dan rebat ini sah sehingga 31 Januari 2022.

Google ads
Back to top button