Buletin

MG ZS HYBRID+ DIPERKENALKAN DI MALAYSIA – TEMPAHAN SERENDAH RM99

MG terus memperkukuh penawaran segmen SUV kompak menerusi pengenalan MG ZS Hybrid+, model yang tampil dengan rekaan lebih segar serta teknologi hibrid generasi baharu.

Model ini menggabungkan karakter sporty bersama praktikaliti harian, sesuai untuk pengguna bandar yang mahukan kecekapan bahan api tanpa mengorbankan prestasi.

Dari sudut luaran, MG ZS Hybrid+ hadir dengan rekaan lebih moden dan dinamik. Ia dilengkapi lampu LED penuh, rim aloi 18-inci serta sistem kemasukan tanpa kunci yang menyerlahkan imej premium dan sporty SUV ini.

Bahagian kabin pula menggunakan tema serba hitam dengan susun atur lebih kemas dan moden. Penggunaan material lembut bersama kemasan berkualiti memberikan suasana lebih premium. MG turut menampilkan stereng tiga jejari serta rekaan tuil gear moden yang meningkatkan lagi pengalaman pemanduan.

Antara tarikan utama model ini ialah penggunaan dua skrin bersaiz 12.3-inci yang memberikan sentuhan futuristik pada ruang dalaman.

Paparan digital meter pemandu memaparkan maklumat penting secara jelas, manakala sistem infotainmen menawarkan akses lebih mudah kepada pelbagai fungsi kenderaan.

MG ZS Hybrid+ juga dilengkapi pelbagai ciri bantuan pemanduan dan keselesaan sebagai standard termasuk kamera undur serta fungsi akses bebas tangan.

Spesifikasi Utama MG ZS Hybrid+

Enjin & Sistem Hibrid

  • Enjin 1.5 liter hibrid
  • Kapasiti enjin: 1,498 cc
  • Kuasa enjin maksimum: 75 kW
  • Tork enjin maksimum: 128 Nm
  • Kuasa motor elektrik: 100 kW
  • Tork motor elektrik: 250 Nm
  • Kuasa gabungan sistem: 158 kW
  • Tork gabungan: 465 Nm
  • Kapasiti bateri: 1.83 kWh
  • Transmisi hibrid
  • Pacuan roda hadapan (FWD)
  • Menggunakan petrol RON95 dan ke atas

Suspensi & Brek

  • Suspensi depan: MacPherson
  • Suspensi belakang: Torsion Beam
  • Brek cakera depan dan belakang
  • Rim aloi 18-inci
  • Saiz tayar: 215/50 R18
  • Kit pembaikan tayar disediakan

Dimensi & Berat

  • Berat kerb: 1,400kg
  • Berat tanpa muatan: 1,420kg
  • Berat maksimum kenderaan: 1,890kg
  • Kapasiti tunda tanpa brek: 500kg
  • Kapasiti tunda dengan brek: 500kg
  • Beban maksimum roof rail: 75kg

Penggunaan Bahan Api

  • Penggunaan bahan api gabungan: 4.7L/100km
  • Penggunaan bahan api bandar: 0.9L/100km
  • Penggunaan bahan api luar bandar: 6.9L/100km
  • Emisi CO2 gabungan: 110g/km

Dengan gabungan rekaan moden, teknologi hibrid dan ciri kelengkapan lengkap, MG ZS Hybrid+ dilihat mampu menjadi antara pilihan menarik dalam segmen SUV kompak elektrifikasi.

MG turut menawarkan ganjaran tempahan awal eksklusif untuk pelanggan yang membuat tempahan MG ZS Hybrid+ di KLIMS 2026.

Dengan bayaran tempahan serendah RM99, pelanggan bakal menikmati penjimatan sehingga RM3,000 selain pakej penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Google ads
Back to top button