Buletin

TEMPAHAN JETOUR T2 i-DM KINI DIBUKA – ANGGARAN HARGA SEKITAR RM168K

JETOUR Malaysia secara rasmi membuka tempahan bagi SUV plug-in hibrid terbaharu mereka, JETOUR T2 i-DM sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.

Kehadiran model ini menandakan langkah agresif jenama itu dalam segmen kenderaan elektrifikasi yang semakin mendapat perhatian pengguna tempatan.

Model baharu berteknologi Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) ini turut dipamerkan buat pertama kali kepada umum di KLIMS 2026 bersama pengumuman harga indikatifnya, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih dekat SUV yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Dari sudut prestasi, JETOUR T2 i-DM menggunakan enjin 1.5 liter TGDI turbo bersama sistem dwi-motor elektrik dan transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) tiga kelajuan.

Gabungan itu membolehkan SUV ini menghasilkan kuasa keseluruhan 265kW dengan tork maksimum mencecah 610Nm.

Selain menawarkan prestasi responsif, model ini juga mampu dipandu dalam mod elektrik sepenuhnya melebihi 100 kilometer, manakala jarak perjalanan gabungan pula boleh mencapai sehingga 1,200 kilometer.

Ia turut menyokong pengecasan AC dan DC bagi memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna.

Bahagian kabin pula dipadankan dengan pelbagai teknologi keselamatan dan bantuan pemandu moden termasuk sistem ADAS Tahap 2, enam beg udara SRS dan sistem paparan pandangan panoramik bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan ketika pemanduan.

JETOUR T2 i-DM dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM168,888 dengan tempahan kini dibuka di semua pusat pengedar sah JETOUR di seluruh negara.

Sepanjang KLIMS 2026 berlangsung, pengunjung turut boleh melihat pelbagai model lain seperti T1, T2, VT9 dan Dashing selain kemunculan pertama kereta konsep G700. Sesi pandu uji serta pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan di reruai JETOUR.

Sebagai promosi khas sempena pameran, pelanggan yang membuat tempahan JETOUR T2 akan menerima rebat RM2,000.

Model Dashing dan VT9 pula ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM10,000 dan RM15,000.

Google ads
Back to top button