
KLIMS 2026: HYUNDAI IONIQ 5 N DAN IONIQ 6 N DILANCARKAN – HARGA MULA RM443K
Hyundai Motor Malaysia (HMY) mencipta satu lagi sejarah baharu di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 menerusi pelancaran rasmi dua model elektrik berprestasi tinggi, Hyundai IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N.
Kedua-dua model tersebut mewakili falsafah Hyundai N yang terkenal dengan slogan “Never Just Drive”, menggabungkan kuasa, teknologi dan pengalaman pemanduan menyeronokkan dalam sebuah EV moden.
Kehadiran IONIQ 5 N dan IONIQ 6 N di Malaysia juga menandakan kemunculan segmen baharu “performance EV” yang bukan sahaja pantas di litar, malah praktikal untuk kegunaan harian.

HYUNDAI IONIQ 5 N
IONIQ 5 N tampil sebagai crossover elektrik berprestasi tinggi yang dibangunkan untuk memberikan sensasi pemanduan seperti kereta prestasi enjin pembakaran dalaman.
Dinobatkan sebagai World Performance Car 2024, model ini menawarkan talaan casis khusus litar bersama pelbagai teknologi eksklusif Hyundai N.
Dengan fungsi N Grin Boost diaktifkan, IONIQ 5 N menghasilkan kuasa maksimum 650PS dan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 260 km/j.

Walaupun berorientasikan prestasi, model ini masih menawarkan jarak perjalanan WLTP sehingga 448 kilometer serta ruang kabin praktikal menerusi jarak roda 3,000mm.
Antara teknologi utama yang ditawarkan termasuk:
- N e-Shift – simulasi transmisi klac berkembar 8-kelajuan
- N Active Sound+ (NAS+)
- N Drift Optimiser
- N Grin Boost (NGB)
- N Torque Distribution (NTD)
- N Launch Control
Hyundai IONIQ 5 N kini dibuka untuk tempahan pada harga RM443,888 secara built-to-order.

SPESIFIKASI HYUNDAI IONIQ 5 N
- Kuasa maksimum: 650PS
- Pecutan 0-100 km/j: 3.4 saat
- Kelajuan maksimum: 260 km/j
- Jarak perjalanan WLTP: 448km
- Jarak roda: 3,000mm
- Sistem khas N: N e-Shift, N Drift Optimiser, NGB, NTD
- Harga: RM443,888
HYUNDAI IONIQ 6 N

Turut membuat kemunculan ialah IONIQ 6 N yang dibangunkan berasaskan platform aerodinamik IONIQ 6 Streamliner.
Dinobatkan sebagai World Performance Car 2026, sedan ini hadir dengan pekali seretan udara 0.27Cd yang membantu meningkatkan kestabilan dan kecekapan aerodinamik.
IONIQ 6 N turut menghasilkan 650PS menerusi fungsi N Grin Boost dan menawarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.2 saat, menjadikannya lebih pantas berbanding IONIQ 5 N.
Kelajuan maksimum dicatatkan pada 257 km/j dengan jarak perjalanan WLTP sehingga 487 kilometer.
Model ini turut dilengkapi sistem suspensi Electronically Controlled Suspension (ECS) dengan stroke-sensing bagi memberikan pengendalian lebih tepat ketika pemanduan agresif.
IONIQ 6 N dijual pada harga RM449,888 dan turut ditawarkan secara built-to-order.

SPESIFIKASI HYUNDAI IONIQ 6 N
- Kuasa maksimum: 650PS
- Pecutan 0-100 km/j: 3.2 saat
- Kelajuan maksimum: 257 km/j
- Jarak perjalanan WLTP: 487km
- Pekali seretan angin: 0.27Cd
- Suspensi: Electronically Controlled Suspension (ECS)
- Teknologi N: N e-Shift, N Active Sound+, N Drift Optimiser
- Harga: RM449,888
GALERI:
HYUNDAI IONIQ 5 N










HYUNDAI IONIQ 6 N
















