
JIMAT SEHINGGA RM19,000 DENGAN KEMPEN ISTIMEWA HARLEY-DAVIDSON MALAYSIA
Harley-Davidson Malaysia memulakan tirai 2025 dengan kempen istimewa bagi peminat motosikal tempatan.

Bermula hari ini hingga 31 Mac 2025, peminat jenama Harley-Davidson boleh menikmati tawaran eksklusif sehingga RM19,000 apabila membuat pembelian model Softail 2024 terpilih.
Ketika kempen berlangsung, peminat boleh menikmati penjimatan RM19,000 bagi model Breakout 117 dan RM15,000 bagi model Low Rider ST 117.

Bagi memeriahkan lagi kempen ini, Harley-Davidson Malaysia turut menganjurkan Harley Night 2025 pada 14 Mac ini. Acara istimewa itu akan turut membariskan model Collectors Edition 2024 yang terdiri dari Softail Standard, Fat Bob 114 dan Sport Glide.

Selain itu, Harley-Davidson Malaysia akan turut membuat pengumuman khas selain meraikan Fat Boy 114. Harley Night 2025 akan berlangsung serentak di Harley-Davidson Petaling Jaya, Harley-Davidson Kuala Lumpur, Harley-Davidson Penang, Harley-Davidson Johor Bahru dan Harley-Davidson Kota Kinabalu.