Buletin

BMW MALAYSIA LANCAR BMW 330e & BMW X5 xDrive40e EDISI M PERFORMANCE

BMW Malaysia Memperkenalkan Dua Edisi ‘BMW M Performance’ yang Eksklusif.

Pengeluar kenderaan premium membawakan semangat sukan permotoran BMW yang eksklusif dari litar ke jalan raya dengan hanya 300 unit kenderaan bagi setiap edisi jentera yang ditawarkan, iaitu BMW 330e Edisi M Performance dan BMW X5 xDrive 40e Edisi M Performance.

Malaysia baru-baru ini melancarkan BMW 330e Edisi M Performance dan BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance. 

Kedua-dua jentera yang dilengkapi dengan Aksesori BMW M Performance itu hanya ditawarkan sebanyak 300 unit sahaja. 

 Aksesori BMW M Performance dibangunkan dengan semangat dan hasil kerja sama seperti yang dicurahkan ke atas model-model BMW M yang ikonik. 

BMW 330e Edisi M Performance

BMW 3 Series Hybrid yang ditambah baik dan didatangkan dengan Teknologi eDrive itu kini tampil dengan aerodinamik serta estetika yang lebih sporty.

Ia merangkumi komponen M Performance seperti skirting sisi, side sill foils, gril hadapan dalam warna hitam berkilat dan perumah cermin sisi ‘M Performance Carbon’ yang ringan. 

Jentera itu juga dilengkapi  kit pada bahagian hadapan berwarna ‘Matt Black’, spoiler belakang dan peresap (diffuser) belakang. Di samping lampu belakang M Performance yang gelap dan agresif untuk memberikan keterampilan yang  dinamik.

Ruang kabin pula menampilkan pedal dan tempat letak kaki M Performance yang diperbuat daripada keluli tahan karat.

Pilihan warna luaran BMW 330e Edisi M Performance termasuklah oren, hiitam, biru dan putih. Sementara ruang dalaman pula menggunakan material kulit ‘Black Dakota’.

BMW 330e Edisi M Performance ditawarkan pada harga RM 258,800 seunit. Dengan ‘Easy Drive Programme’ daripada  BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh melalui pelan ansuran bulanan  bermula RM3,278 (berdasarkan anggaran ke atas pinjaman sebanyak 80% selama empat tahun, dengan jumlah perbatuan dihadkan pada 20,000km setiap tahun).

BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance.

BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance turut didatangkan dengan komponen M Performance seperti skirting sisi, side sill foils, gril hadapan berwarna hitam berkilat dan perumah cermin sisi karbon M Performance. 

Bahagian hadapan dipasang dengan kit yang diperbuat daripada karbon. Selain spoiler berwarna hitam dan peresap karbon. Pedal yang diperbuat daripada keluli tahan karat juga dipasang untuk meningkatkan penampilannya yang sporty. 

BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance boleh didapati dalam warna hitam, putih dan kelabu. Semua warna luaran itu dipadankan dengan kemasan kulit hitam untuk ruang kabin. Manakala warna luaran hitam (Carbon Black) diberi pilihan kemasan dalaman kulit Terra Dakota.

BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance berharga RM390,800 seunit. Dengan ‘Easy Drive Programme’, anda boleh memilikinya melalui  pelan ansuran bulanan bermula RM4,878 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh empat tahun, dengan jumlah perbatuan dihadkan pada 20,000km setiap tahun).

Google ads
Back to top button