Artikel PilihanBuletin

PEMANDU RUSSIA INI MERAMPAS KEMBALI KERETA BELIAU YANG HAMPIR DITUNDA PENGUATKUASA – JANGAN NAK TIRU OKEY

Rasanya tentu ada di antara kita yang pernah bermasalah dengan pihak penguatkuasa. Antaranya ialah dikenakan saman, tayar dikunci ataupun kereta kita ditunda kerana dikatakan menghalang lalulintas. Dan jika ia berlaku di Malaysia tentu sekali RM pemilik yang akan melayang kerana membayar denda atau kompaun yang bakal dikenakan. Lain pula halnya di Russia hujung minggu lepas bila seorang lelaki berjaya merampas kembali kereta beliau yang hampir ditunda dengan gaya yang sungguh dramatik lagi agresif.

Insiden berlaku di pintu masuk Vnukovo International Airport, Moscow bila pegawai polis bertugas mahu menunda sebuah kereta Kia berwarna putih kerana dipandu oleh seorang lelaki yang bukan pemilik sah kereta terbabit (pelik juga kan? Takkan pinjam kereta kawan pun tak boleh).

Pemandu terbabit juga dikatakan telah menelefon pemilik asal kereta terbabit yang juga menrupakan kenalan beliau dan telah mengesahkan yang kereta terbabit telah dijual kepada si pemandu. Disebabkan kesuntukan masa, mereka masih belum membuat penukaran hak milik tetapi kesemua dokumen telahpun disediakan.

Tapi pada masa yang sama kereta Kia tersebut sudahpun dinaikkan ke atas trak tunda dan berdasarkan rakaman video, pemandu terbabit mempunyai rancangannya tersendiri untuk ‘membebaskan’ kereta beliau.

BACA: KALAU KENA SAMAN, BAYARLAH, TAK ADA DISKAUN – PM

Beliau mulanya cuba memandu dengan dengan roda yang masih terkunci dari atas trak tunda tetapi gagal. Dia kemudiannya keluar dari kereta dan membuka kunci-kunci tersebut seterusnya mengundur kereta tersebut sekaligus menjatuhkannya dan merosakkan bahagian bampar depan dan belakang.

Menurut laporan Autonews.ru, pemandu terbabit memberitahu yang beliau mempunyai bengkel sendiri dan mampu membaik pulih kereta tersebut sendiri. Beliau juga telah membuat perkiraan sebelum melakukannya dan yakin tiada pihak yang akan tercedera.

Kami memang kagum dengan keberanian beliau tapi rasanya kos untuk membayar kompaun jauh lebih kecil dari kos yang diperlukan untuk membaiki kereta tersebut. Anda rasa macam mana?

Google ads
Back to top button