Motosikal

HONDA KUMAMON CUB – BERI SEMANGAT KEPADA MANGSA GEMPA BUMI

Honda Motor Co. dilapor akan memperkenalkan versi terbaharu model ikonik Super Cub yang kali ini menampilkan maskot beruang popular wilayah Kumamoto, Kumamon.

Honda menghasilkan model tersebut atas permintaan krajaan tempatan yang mahu Kumamon dimasukkan ke dalam peringatan sempena pengeluaran ke-100juta Super Cub pada tahun 2017.  

Projek itu juga diharap dapat memberi semangat kepada penduduk yang masih terjejas akibat gempa bumiyang melanda Kumamoto pada April 2016.

Dibina berasaskan kepada model Cross Cub yang merupakan varian off-road Super Cub, motosikal itu dicat hitam dan merah, bersama pelekat Kumamon yang tersenyum pada kedua-dua sisinya.  

Kumamon tidak dapat menyembunyikan keterujaannya dengan kehadiran motosikal baharu tersebut.

“Ia merupakan sebuah motosikal yang sangat bagus dan membuatkan saya rasa mahu pergi menjelajah ke seluruh dunia. Super Cub memang sesuai untuk ditunggang untuk pelajar sekolah dan menggalakkan mereka supaya menikmati keseronokan menunggang motosikal,” kata seorang pegawai Honda.  

Kumamon Cub didatangkan dalam varian 50cc dan 100cc dengan harga sekitar ¥300,000 (RM11,200) dan ¥350,000 (RM13,111) seunit. Ia akan dihasilkan di kilang Honda di bandar Ozu, Kumamoto.  

Fungsi asas Super Cub nampaknya tidak pernah berubah sejak ia melakukan debut pada tahun 1958. Penunggang boleh menukar gear menggynakan kaki dan cukup digemari oleh penghantar makanan di Jepun.

Buat masa sekarang, Kumamon Cub hanya dijal udi Jepun. Tetapi wilayah Kumamoto menyatakan bahawa ia mungkin akan meminta Honda untuk menjualnya di luar negara, bergantung kepada maklum balas pengguna.

Ini merupakan kali ketiga wilayah Kumamoto dan Honda bekerjasama untuk menghasilkan motosikal yang bertemakan Kumamon. Sebelum ini ia melibatkan model monkey pada tahun 2014 dan Giorno, dua tahun kemudian.

Sejak diperkenalkan pada taun 2011, Kumamon menjadi salah satu maskot paling popular di Jepun. Karekter itu digunakan untuk mempromosikan banyak majlis perbandaran dan kawasan di sana.  

Tags
Google ads
Back to top button