Motosikal

BMW R12 G/S 2026 DIUMUMKAN – 109HP, 115NM

Pada 2016, BMW cuba menghidupkan semula nostalgia R 80 G/S dengan R nineT Urban G/S namun motosikal itu tidak berjaya mencipta impak sama sepert model asal. 

Namun, bagi tahun 2026, BMW seakan berjaya melahirkan aura sama apabila mengumumkan R 12 G/S serba baharu. 

Menurut BMW Motorrad, R 12 G/S ini juga dibina khas untuk kegunaan lasak sekaligus dilengkapi dengan pakej elektronik bagi tunggangan jalan raya dan off-road.

R 12 G/S ini dipacu enjin boxer 1170cc dengan sistem  penyejukan udara dan minyak yang sama terdapat pada R 12 nineT namun model ini dilengkapi dengan suspensi boleh laras sepenuhnya di bahagian depan dan belakang selain tayar dan rim off-road. 

Enjin boxer ini berupaya menjana 109hp pada 7,000rpm dan 115Nm pada 6,500rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi manual dengan pemacuan terakhir menggunakan shaft. Bagi yang mahukan prestasi ekstra, BMW menawarkan fungsi quickshifter (Shift Assist Pro) sebagai tawaran tambahan. 

Walaupun tidak mengguna pakai enjin boxer baharu yang terdapat pada R 1300 GS namun model ini masih lagi menawarkan pakej elektronik terkini termasuk tiga mod menunggang (Rain, Road dan Enduro). 

Dalam pada itu, casis merangkumi kerangka jenis tubulra-steel dan subframe jenis bolt-on. BMW mendakwa R 12 G/S ini adalah seberat 228kg. 

Pakej suspensi pula terdiri dari fork 45mm depan dengan monoshock di belakang dengan masing-masing menawarkan jarak gerak 210mm depan dan 200mm belakang. Jarak kelegaan tanah pula berukuran 240mm.

Menurut BMW, R 12 G/S ini juga dilengkapi dengan BMW Motorrad ABS Pro yang menawarkan cornering ABS. 

Versi standard dipadakan dengan rim 21-inci depand an 17-inci belakang manakal pakej Enduro Pro pula menukarkan rim belakang kepada saiz 18-inci. 

Atara kelengkapan standard ditawarkan termasuk:

  • DTC (Dynamic Traction Control)
  • Electronic Immobilizer 
  • keyless
  • Intelligent Emergency Call

GALERI: BMW R 12 G/S 2026

Google ads
Back to top button