
MENANGI BMW Z4 sDRIVE 30i M SPORT DENGAN QUILL AUTOMOBILES
Quill Automobiles, wakil pengedar BMW terkenal di Petaling Jaya dan antara pengedar utama milik BMW Group Malaysia kini menawarkan anda peluang untuk memenangi sebuah BMW Z4 sDrive 30i M Sport menerusi kempen “X Marks the Future”.
Pelanggan yang membeli kenderaan BMW baharu bermula 13 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019 akan menerima 10 tiket penyertaan bagi memenangi roadster convertible tersebut.

Kempen itu diajurkan sempena pembukaan bilik pameran terbaharunya yang memiliki keluasan 33,000 kaki persegi dan terletak di lokasi strategik di Petaling Jaya.
Ruang itu membolehkan 14 kenderaan BMW dipamerkan pada satu-satu masa. Ini sekali gus menjadikannya salah satu wakil pengedar BMW terbesar di Malaysia.
“Untuk meraikan pembukaan tersebut dan menghargai kepada sokongan para pelanggan selama ini, kami akan menghadiahkan BMW Z4 terbaharu,“ kata Prinsipal Pengedar Quill Automobiles, Alex Tang.

Quill Automobiles kini menampilkan butik mewah Grand Klasse (GKL), BMW Customer Lounge, Isetta Bar dan ruang BMW Lifestyle. Ia juga mengendalikan pusat servis tunggal BMW Service Centre yang lengkap, terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.
Fasiliti berkeluasan 58,500 kaki persegi itu menempatkan bengkel servis, fasiliti baik pulih kenderaan dan cat yang komprehensif.
Bersama 90 orang kakitangan, perkidmatan yang ditawarkan merangkumi aspek jualan, servis, alat ganti dan sistem (4S) untuk jenama BMW, selain bertindak sebagai wakil pengedar BMW Premium Selection.

Quill Automobiles juga memperkenalkan BMW 7 Series dan BMW X7 baharu. Jentera itu merupakan penambahan terbaharu dalam portfolio BMW di Malaysia.
Jangan lupa untuk mengunjungi Quill Automobiles di Ground Floor, Quill 9, 112, Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor.