Buletin

BOEING RUGI AS$1 BILION AKIBAT KRISIS 737 MAX

Syarikat Penerbangan gergasi Boeing telah mengalami kerugian AS$1 bilion yang akibat krisis pesawat 737 MAX. Ia rentetan dari dua kemalangan besar yang berlaku .

Dalam laporan pendapatan suku tahun pertama sejak krisis, Boeing juga menarik balik ramalan keuntungan tahun 2019 disebabkan ketidakpastian yang berterusan ketika jet mereka kini tidak beroperasi sepenuhnya

Pesawat Boeing menjadi perhatian sejak kemalangan jet Ethiopian Airlines pada 10 Mac, yang kedua selepas insiden Lion Air pada Oktober lalu yang meragut 346 nyawa.

Syarikat penerbangan seluruh dunia menghentikan operasi pesawat 737 Max di seluruh dunia berikutan kemalangan kedua, satu langkah yang juga memaksa Boeing menghentikan penghantaran pesawat yang paling laris dalam rangkaian pengeluaran mereka.

Para eksekutif syarikat telah mengumumkan langkah yang diperlukan untuk mengembalikan 737 MAX semula ke dalam perhidmatan penerbangan – termasuk penetapan sistem perisian penerbangan baru, namun begitu tidak mereka belum menetapkan jadual yang baru.

Ketika ditanya semasa persidangan dengan penganalisis untuk penjelasan mengenai apa yang berlaku, para eksekutif Boeing mempertahankan amalan reka bentuk dan kejuruteraan Boeing meskipun berita negatif mendedahkan kepincangan operasi dan komitmen mereka dalam sektor keselamatan.

“Saya memberitahu anda dengan yakin bahawa kami memahami pesawat kami. Kami memahami bagaimana rekabentuk itu dicapai, bagaimana persijilan itu dicapai dan kami tetap yakin dengan sepenuhnya produk yang kami hasilkan,” kata Ketua Eksekutif Dennis Muilenburg dalam satu persidangan dengan penganalisis.

Namun yang demikian Muilenburg mengakui keperluan untuk memenangi semula kepercayaan orang ramai dan berkata firma itu akan meminta bantuan para juruterbang untuk meyakinkan para pelanggan, sambil menambah bahawa “Hubungan antara penumpang dan juruterbang adalah penting.”

Google ads
Back to top button