" "
Buletin

BOEING SENTAP SYARIKAT PENERBANGAN CHINA BELI 300 UNIT PESAWAT A320NEO AIRBUS

Pembuat kapal terbang, Boeing menyatakan pihaknya kecewa kerana perbezaan geopolitik terus membataskan eksport dan penjualan pesawatnya. 

Komen itu dikeluarkan oleh Boeing selepas tiga syarikat penerbangan utama di China memilih untuk membeli 300 unit pesawat daripada pesaingannya, Airbus. Ini merupakan pembelian terbesar pasca Covid-19 yang turut menyaksikan pesawat Boeing semakin dipandang sepi oleh republik berkenaan. 

“Melihat kepada sejarah, jualan pesawat Boeing kepada China membantu ribuan pekerja di Amerika. Kami harap tempahan dan penyerahan akan kembali normal tidak lama lagi,” kata Boeing.  

Dalam satu kenyataan bersama, Air China dan China Asouthern Airlines masing-masing akan membeli 96 unit pesawat A320neo bernilai AS$12.2 bilion (RM53.8 bilion). Manakala China Eastern Airlines pula memberitahu bakal membeli 100 unit pesawat sama bernilai AS$12.8 bilion (RM56.4 bilion). 

Pasaran besar China menjadikan pembeliannya merangkumi satu perempat daripada penyerahan Airbus dan Boeing. Tahun ini, Boeing hanya menyerahkan sebuah pesawat kepada China berbanding 47 unit daripada Airbus. Sementara 150 unit lagi masih menunggu untuk diserahkan kepada pembeli.

Industri penerbangan China yang terjejas teruk akibat langkah lockdown daripada kerajaan dilihat kembali pulih dalam tempoh beberapa minggu lalu. Menurut China Eastern, pesawat baharu itu akan digunakan untuk perjalanan domestik dan negara-negara jiran. 

Google ads
Back to top button