
FORD THUNDERBIRD TURBIN, KERETA EKSPERIMEN FORD DENGAN ENJIN BOEING
Pada tahun 1955, Ford telah melancarkan model Thunderbird dengan beberapa pilihan enjin seperti 4800cc V8 ataupun 5100cc V8. Tapi apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ialah Ford pernah bereksperimen dengan enjin gas turbin dipasang pada model Thunderbird
Enjin yang dihasilkan oleh Boeing khusus untuk kapal terbang ini dipasang khusus sebagai model ujian dan alternatif kepada enjin biasa V8. Ujian ini adalah khusus untuk Ford mencari kaedah pemasangan enjin yang sesuai pada kereta, operasi, ujian ketahanan, kelebihan dan kelemahan enjin gas turbin pada kereta
Projek ini dimulakan pada bulan Ogos 1955 dan prototaip kereta ini siap untuk menjalani ujian menjelang bulan March 1956. Kos projek ini menelan belanja sekitar RM 813,000 pada waktu itu dengan menggunakan enjin 8C Boeing 175H
Enjin ini dipasang pada bahagian depan sama seperti biasa dengan enjin V8 dengan corong ekzos dipasang pada bahagian belakang tayar depan. Hasil kajian mendapati pecutan awal adalah perlahan tapi pecutan kereta pada halaju pertengahan dan halaju tinggi adalah bagus

Thunderbird menunjukkan keputusan yang bagus dari segi nisbah berat kenderaan dengan kuasa yang dihasilkan, tidak bergegar seperti enjin piston dan juga penyelenggaraan yang lebih mudah. Tapi Thunderbird ada masalah yang teruk untuk pecutan awal terutama jika bermula dalam keadaan statik serta rekaan ekzos depan yang bermasalah
Hasil dapatan kajian cukup meyakinkan Ford bahawa projek ini tidak sesuai untuk digunakan dan dihasilkan secara besar-besaran. Malah kajian Ford turut disokong oleh Chrysler pada tahun 1962 dengan 50 unit kereta ujian yang diedarkan pada orang ramai untuk diuji di jalan raya sebenar.
Daripada 50 kereta Chrysler, 51 unit telah dilupuskan dan baki 9 unit dipamerkan di muzium sehingga hari ini termasuk sebiji disimpan oleh Jay Leno. Thunderbird pula kekal dihasilkan oleh Ford dalam 11 generasi dengan generasi terakhir ditamatkan pengeluaran pada tahun 2005.





