Buletin

GAGAL CAPAI KPI, CEO BOEING TAK LAYAK TERIMA BONUS RM31 JUTA. TAPI DAH TERIMA RM100 JUTA TAHUN LEPAS

Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, David Calhoun, tidak menerima bonus AS$7 juta (RM31 juta) pada tahun lalu kerana gagal mendapatkan pesawat Boeing 777X baharu untuk digunakan menjelang akhir 2023.

Walaupun terlepas salah satu sasarannya, David Calhoun, bagaimanapun masih memperoleh bonus sebanyak AS$22.5 juta (RM100 juta) pada tahun lalu.

Bonus diterimanya adalah 6.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2021 iaitu AS$21.1 juta (RM94 juta). Jumlah itu termasuk gaji pokok sebanyak AS$1.4 juta (RM6.2 juta) untuk kedua-dua tahun.

“Adalah jelas bahawa matlamat ini tidak akan tercapai, walaupun atas sebab-sebab yang sebahagian besarnya di luar kawalan Calhoun,” kata Boeing.  

Walau bagaimanapun, Calhoun tetap perlu membuat keputusan tentang pengurusan program 777 untuk kepentingan jangka panjang syarikat.

Boeing menambah bahawa KPI Calhoun telah ditetapkan sebelum penularan COVID-19 serta Akta Keselamatan dan Akauntabiliti Persijilan Pesawat yang diluluskan pada akhir 2020.

Undang-undang itu berfungsi sebagai perakuan kepada pesawat baharu dan mengubah cara Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, atau FAA.

Calhoun mengambil alih jawatan CEO di Boeing pada Januari 2020 iaitu dua bulan sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik global.

Meski pun perniagaan Boeing terganggu oleh permintaan yang merosot ketika pandemik, namun ia kini semakin pulih dan syarikat itu dijangka mengambil hampir 10,000 pekerja pada 2023.

Google ads
Back to top button