Buletin

MAZDA 3 BAHARU MULA DIJUAL DI JEPUN. RM80,420

Generasi keempat Mazda 3 yang dilancarkan di Los Angeles Auto Show, kini tersedia untuk jualan di pasaran Jepun.

Pra jualan pertama tersebut akan ditawarkan dalam tiga pilihan enjin iaitu Skyactiv-G 1.5, Skyactiv-G 2.0 dan Skyactiv-D 1.8. Harganya bermula dari 2,181,000 yen (kira-kira RM80,420) dan ia dijangka akan mula dihantar 24 Mei depan.

Versi Mazda 3 versi Jepun dibina berdasarkan konsep Kai dengan memperkenalkan konsep reka bentuk KODO generasi kedua. Ia menampilkan “jiwa” baru dengan rekaan gril baru, set lampu lampu yang lebih langsing dan roda aloi aluminium 16 hingga 18 inci yang cukup sporty.

Bahagian dalaman didatangkan dengan skrin paparan maklumat 8.8 inci yang baru, Mazda Connect, sistem integrasi maklumat serta skrin 7 inci TFT berwarna dengan rekaan digital untuk meter.

Bahagian papan pemukanya dibina dengan unjuran HUD (Head up Display) paparan penuh berwarna, tuas gear multi – fungsi serta kedudukan tempat minuman dipindahkan ke bahagian hadapan supaya pemandu dapat menikmati kawalan lebih intensif.

Dari segi kuasa, model Jepun akan ditawarkan dengan enjin petrol Skyactiv-G 1.5 dan Skyactiv-G 2.0 dengan output kuasa 111PS / 144Nm dan 155PS / 196Nm.

Di samping itu, terdapat juga Skyactiv-D 1.8 enjin diesel dengan kuasa 116PS / 270Nm; sebagai tambahan kepada konfigurasi pacuan empat roda, i-Activ AWD.

Google ads
"
"
Back to top button