Artikel PilihanBuletin

BOLEHKAH KITA MENGHASILKAN KERETA ELEKTRIK DENGAN TENAGA SOLAR?

Merujuk kepada tajuk di atas, jawapan pendek jika mengira secara logik tenaga cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi dan menukarkannya kepada tenaga elektrik adalah ia BOLEH DILAKUKAN. Namun setelah mengambil kira semua faktor dan kecekapan sistem jawapan yang pendek kepada soalan di atas ialah SANGAT SUSAH untuk dibuat.

Dalam konteks aliran tenaga, matahari merupakan sumber tenaga kepada semua hidupan di bumi. Cahaya matahari membolehkan tumbuhan bernafas, menukar gas karbon dioksida kepada oksigen, menghasilkan hujan untuk membolehkan janakuasa elektrik berfungsi, menghasilkan angin untuk janakuasa kincir angin berfungsi dan pelbagai perkara yang lain

Paling bagus cahaya matahari tidak mencemarkan alam sekitar melainkan kesan haba yang memanaskan permukaan bumi dan bangunan. Cahaya matahari dihasilkan daripada perlakuran nuklear fusion dan fision yang berlaku pada permukaan dan teras matahari selama berpuluh juta tahun yang lalu.

Jadi disebabkan matahari bersinar hampir 12 jam di waktu siang, alangkah bagus jika kita memasang panel solar bagi menjana kuasa elektrik dan menggerakkan kereta berkuasa solar. Secara praktikal idea ini nampak bagus dan sempurna namun setelah dikira secara teliti, Youtuber Jason Fenske mendapati idea ini sangat sukar untuk dilaksanakan

Jika anda ada masa selama 14 minit untuk dihabiskan, mungkin anda boleh menonton video INI. Tapi jika anda tak suka dengan pengiraan, kami akan ringkaskan video ini dalam bentuk fakta pantas mengapa idea kereta solar sangat sukar untuk dibuat.

1. Jason mengambil contoh Tesla Model 3 yang dipasang dengan panel solar, dengan luas maksimum sekitar 8.7 meter luas. Panel ini boleh menjana sekitar 12kW dengan syarat matahari sentiasa bersinar sepanjang masa pada panel solar. Ini membolehkan Tesla 3 dipandu pada halaju 100km/j selagi cahaya matahari bersinar.

2. Namun Jason telah mengira masa yang diambil untuk mengecas bateri Tesla dengan menggunakan panel solar, hasilnya agak tidak munasabah untuk mengecas bateri dengan panel solar. Bateri 75kW boleh dicas dalam masa 6.25 jam dengan kadar penyerapan tenaga elektrik ialah 12kWh. Tapi ingat ini ialah keadaan yang sangat sempurna

2. Dalam keadaan sebenar, 22% tenaga cahaya matahari dipantulkan semula ke angkasa oleh awan, 23% diserap oleh atmosfera bumi, dan hanya 55% sahaja tenaga cahaya matahari yang berjaya sampai ke panel solar.

3. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kecekapan panel solar yang biasa dihasilkan iaitu ia hanya berupaya menyerap 33.7% sahaja cahaya matahari yang sampai pada permukaan panel solar. Ditambah pula dengan bumi berbentuk sfera (bukan flat woi), maka jumlah tenaga yang sampai bukanlah 12kW

4. Setelah difaktorkan dengan tenaga cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi, keterbatasan rekaan panel suria serta bumi yang berbentuk sfera, maka cahaya matahari yang sampai pada permukaan panel solar hanyalah sekitar 63 watt sahaja

5. Ini bermakna, 63 watt ini hanya membolehkan Tesla 3 dipandu pada halaju 19km/jam sahaja jika matahari bersinar di atas panel solar. Manakala bateri Tesla sebesar 75kW pula memerlukan 8.3 hari untuk dicas sehingga penuh. Kalau hari hujan dan bersalji jawabnya tak penuh la.

Namun sebuah syarikat automotif yang bernama Aptera mendakwa mereka boleh menghasilkan sebuah kereta berkuasa solar dengan menggunakan panel solar dengan kecekapan yang sangat bagus. Aptera mendakwa panel solar ini membolehkan kereta mereka dipandu sejauh 65km setiap hari selepas dijemur di bawah cahaya matahari

Jadi apa pendapat anda berkenaan dengan video Engineering Explain ini? Adakah anda bersetuju atau tidak?

Google ads
Back to top button