BuletinMotosikal

BOON SIEW LANCAR HONDA WAVE 125i BERMULA RM6,263 (FUTURE Fi YANG DIMODENKAN)

Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan model Honda Wave 125i, salah sebuah kapcai penting dalam rangkaian BSH yang diperbaharui untuk pasaran tempatan. Dikenali sebelum ini dengan nama Future Fi, kami pun tak tahu kenapa ia ditukar semula menjadi nama Wave.

Kami difahamkan BSH menyusun semula kategori kapcai mereka menjadi siri Wave sepenuhnya. Ia bermula dengan Wave Alpha (signal depan kapal angkasa), Wave 125i yang ini dan juga Wave Dash yang terkenal dengan livery Repsol itu.

Honda Future Fi akan dihentikan pengeluarannya dan posisinya diambil alih oleh Wave 125i ini. Ia masih mengekalkan ciri-ciri unik asal iaitu ruang meletak helmet di bawah pelana yang lebar dan empuk itu dan juga tangki 5.4 liter – antara yang terbesar dalam kelasnya.

Di samping itu, panel meter baru menawarkan paduan gaya terkini dengan susun atur strategik dan pencahayaan yang cerah memudahkan pembacaan biarpun di waktu siang atau malam. Lampu belakang moden ini menawarkan pencahayaan terang untuk meningkatkan tahap keterlihatan penunggang.
Wave 125i dilengkapi dengan enjin 124.9cc penyejuk udara dengan Suntikan Bahan Api (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi) untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api. Pengabungan PGM-Fi dan muatan tangki minyak sebesar ini, Wave 125i Baharu dapat mengurangkan masa perjalanan dengan mengelakkan isian semula yang kerap. Ia juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Motosikal ini didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red), Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), dan Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic).
Terdapat dua pilihan varian model iaitu
a) Brek Cakera Tunggal( depan sahaja) RM6,263.54 termasuk GST
b) Brek Cakera Dwi (Depan dan belakang) RM6,549.74 termasuk GST
Sepertimana model Honda yang lain, ia didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer dan warranti tambahan satu tahun atau 10,000 kilometer untuk enjin (yang mana terdahulu).
Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button