BuletinMotosikal

BOON SIEW LANCAR HONDA WAVE ALPHA BERWAJAH BARU YANG LEBIH SPORTY

Honda Wave Alpha, model terlaris di Malaysia ketika ini dalam segmen motosikal kapasiti rendah tampil dengan gaya ‘sporty’. Boon Siew Honda semalam memperkenalkan wajah baharu Honda Wave Alpha sebagai pilihan tambahan kepada pengguna, versi yang lebih ‘sporty’ kepada model yang berada di pasaran ketika ini.


Bercakap ketika pelancaran, Timbalan Pengerusi dan Timbalan CEO Boon Siew Honda Sdn Bhd, Dato’ Seri Datuk Wira Tan Hui Jing berkata, “Kami sangat teruja dengan pengenalan warna baharu ini. Corak dan rekaan berdasar perlumbaan akan digunakan oleh pelumba-pelumba muda dalam perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017. Tetapi apa yang lebih penting, wajah ‘sporty’ ini akan menjadi pilihan tambahan kepada model sedia ada di pasaran”

Reka bentuk Honda Wave Alpha dapat menambahkan keseronokan dan pengalaman tunggangan. Dilengkapi dengan ekzos yang kelihatan lebih ‘sporty’, pemegang belakang yang selesa, brek cakera (untuk model rim tetuang) untuk penampilan lebih menarik. Ciri-ciri penawaran yang lain termasuk panel meter yang lebih jelas dan menarik, kebuk-u yang luas dan pelindung kaki bergaya.

Warna baharu ini direka untuk menarik minat golongan muda dan diharap dapat mempertingkatkan penguasaan pasaran di dalam segmen ini. Dengan pengenalan warna baharu ini, Boon Siew Honda menyasarkan meningkatkan 26% penjualan Honda Wave Alpha berbanding dengan sebelum ini.

Honda Wave Alpha telah mula dilancarkan pada tahun 2015. Model berikutnya diperkenalkan pada Februari tahun ini.

Boon Siew Honda menawarkan 2-tahun jaminan pembuatan atau 20,000km (yang mana terdahulu) sebagai kemudahan kepada pelanggan untuk menjadikan Honda Wave Alpha baharu sebagai pilihan mereka.

Harga jualan bagi model ini dengan GST ialah RM5,086.94

Tags
Google ads
Back to top button