BOWLER DEFENDER 100TH EDITION, ENJIN STAGE 2, STERENG MOMO – RM418 RIBU!
Selain kereta sedan dan hatchback, dunia ubah suai jip juga tidak kurang hebat. Sebagai contoh Land Rover Defender yang bukan murah untuk bermain dengannya.
Di United Kingdom, ada beberapa syarikat yang membaik pulih dan mengubah suai Defender dengan hasil kerja hebat.
Satu daripadanya Bowler Motors dan syarikat ini berbeza kerana dimiliki Special Vehicle Operations (SVO) Jaguar Land Rover.
Bowler Motors juga menganjurkan Kejohanan Rali Defender untuk pelumba baharu dan berpengalaman.
Projek terbaru Bowler Motors ialah 100th Edition Bowler Defender 90 dan seperti namanya meraikan pengeluaran jip Defender yang ke-100.
Model asas jip ini disumber dari barisan kenderaan eksklusif Jaguar Land Rover dan telah menjalani kerja baik pulih komprehensif oleh kaki tangan Bowler Works.
Di antaranya panel badan baharu, kotak pindah (transfer box), papan pemuka, panel pintu, kotak stereng, karpet, getah lantai, cat dan perlindungan casis. Sejumlah komponen mekanikal diganti atau dinaik taraf.
Untuk model ini, beberapa komponen khas digunakan seperti bingkai lampu baharu, pek perlindungan badan warna Corris Grey, grafik dan logo khas dan tayar ganti dibawa masuk ke dalam kabin.
Harga yang ditawarkan untuk jip ini ialah 78,000 pound (RM418,138.97) termasuk VAT.
Spesifikasi 100th Edition Bowler Defender 90
- Suspensi Fast Road Bowler
- Enjin Ford Duratorq dengan ubah suai tahap dua termasuk intercooler
- Ekzos Prestasi Bowler dan kit penghadang lecak untuk laluan ekzos
- Rim aloi ringan 18 inci
- Tayar BF Goodrich AT 285/60/18
- Grafik badan khas
- Logo khas yang dibuat oleh syarikat pakar Fattorini
- Pek perlindungan badan dalam warna Corris Grey (bampar, pelindung stereng, ambang pintu dan pemijak belakang)
- Rangka perlindungan (rollover) dengan palang khas untuk pemasangan tayar ganti
- Aksesori besi tahan karat
- Logo Bowler pada bonet
- Kit brek besar Bowler
- Bahagian dalam dengan penebat bunyi penuh
- Kerusi Recaro SVX 60th Anniversary
- Bahagian atas papan pemuka balutan kulit
- Stereng MOMO Race Style balutan Alcantara
- Kit penukar gear Bowler
- Pelapik siling Alcantara
- Unit radio dua din Alpine dengan kamera undur
- Lampu Lazer ST4 pada bampar
- Lampu besar LED, lampu sisi dan isyarat warna gelap
BACA: JIP KHAS NISSAN PATROL DENGAN NAMA BURUNG & RUSA
BACA: PADA 2000 NISSAN X-TRAIL T30 DIPERKENAL, SISTEM 4X4 TEKAN BUTANG!
BACA: TONY GILROY, TOKOH PENYELAMAT LAND ROVER DAN BUAT MODEL DISCOVERY!