MOTOSIKAL BERWAJAH SUPERCAR, POLARIS SLINGSHOT R 2023 JADI PERHATIAN DI INDIA
Sebuah motosikal futuristik menjadi perhatian ramai di India apabila seorang peminat motosikal, Priyanka Kochar, berkongsi video Polaris Slingshot R 2023.
“Adakah anda akan menunggang atau memandu kenderaan ini?” tulis Priyanka Kochar di Instagram.
“Mustahil dibenarkan di lebuh raya sebagai motosikal. Bayaran tol pasti dikenakan. Sia-sia!” komen seorang pengguna Instagram.
Motosikal tiga roda yang menyerupai supercar itu dilengkapi empat tempat duduk dan mempunyai dimensi hampir sama seperti Porsche 911 GT3.
Polaris Slingshot R 2023 dipasang dengan rim aluminium bersaiz 18 inci, selain didatangkan bersama brek Brembo.
Selain itu, Polaris Slingshot R 2023 dilengkapi skrin sentuh 7-inci yang dikuasakan oleh Ride Command untuk membolehkan ia disambung dengan Apple CarPlay, GPS dan Bluetooth.
Secara mekanikal, model itu dijana oleh enjin 2.0L ProStar bersesaran 1,997cc yang boleh menghasilkan kuasa 203hp.
Memandangkan kenderaan itu diklasifikasikan sebagai motosikal, pemandu serta penumpang diwajibkan memakai topi keledar semasa menunggangnya.
Polaris Slingshot R 2023 dijual pada harga AS$33,999 (RM153,770) di India.
- BACA: UBAHSUAI KERETA KERETA. APA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH UBAHSUAI.
- BACA: SENI KARYA KBMER UBAHSUAI NISSAN 350Z JADI KARTUN INITIAL D
- BACA: LELAKI INI UBAHSUAI MOTOSIKAL 150CC JADI SEBUAH SUZUKI HAYABUSA – DAN IA NAMPAK ASLI!
- BACA: TERKANDAS, LELAKI AJAIB INI UBAHSUAI KERETA JADI MOTOR UNTUK KELUAR DARI PADANG PASIR