Buletin

BRC 2023 – ADRIEN FOURMAUX JUARA DI MODERN TYRES ULSTER RALLY

Pemandu pasukan M-Sport Ford, Adrien Fourmaux meneruskan prestasi cemerlang beliau dalam saingan British Rally Championship (BRC) musim ini apabila berjaya mencipta kemenangan sensasi di Modern Tyres Ulster Rally pada hujung minggu baru – baru ini.

Perlumbaan pusingan keempat dalam kalendar BRC musim ini berlangsung di Northern Ireland membabitkan 10 peringkat dengan turut berlangsung serentak perlumbaan Irish Tarmac Rally Championship.

Pemandu Perancis yang memandu jentera Ford Fiesta Rally2 itu ternyata cukup unggul untuk terus mendahului saingan semenjak hari bermula lagi hinggalah ke hari terakhir saingan.

Malah kejayaan di Modern Tyres Ulster Rally ini adalah yang keempat berturut – turut dalam saingan BRC musim ini serta terus memungut mata penuh bagi meneruskan cengkaman sebagai pendahulu. Apatah lagi saingan BRC musim ini hanya berbaki tiga saingan sahaja.

“Ia benar-benar bagus untuk menang di sini Kami tahu peringkat di Ireland sangat sukar dan saingan di sini sangat tinggi. Hujan yang berterusan dan juga pemandu Ireland yang sangat mengagumkan. Mereka pantas dan rentak di sini sangat tinggi dan sebenarnya, ia adalah satu pertarungan besar jadi saya sangat gembira kami menang kali ini. Ia adalah keputusan yang baik untuk kejuaraan dan banyak mata jadi ia benar-benar positif”, ujar Adrien Fourmaux.

Pun begitu, saingan di bumi North Ireland ini sebenarnya tidak mudah buat para peserta. Hujan yang turun disulami dengan Storm Betty membuatkan laluan menjadi lebih sukar buat semua. Namun pengalaman yang dimiliki buat pemandu pasukan M-Sport ini membolehkan beliau menangangi tanpa masalah dalam usaha untuk muncul juara BRC sebaris dengan juara lalu seperti Colin McRae, Walter Rohrl, dan Stig Blomqvist serta tidak lupa juga bos beliau, Malcolm Wilson.

Adrien Fourmaux berjaya meninggalkan Callum Devine yang memandu jentera lama Volkswagen Polo GTi R5 dengan kelebihan 47.7 saat. Dengan keputusan itu juga membolehkan Callum Devine menjuarai Irish Tarmac Rally Championship yang turut diadakan serentak.

Tempat ketiga pula diraih Jonathan Greer yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 yang ketinggalan kira kira 50.9 saat di belakang podium kedua.

Ada perkhabaran mengatakan bahawa Adrien Fourmaux mungkin terlepas aksi dalam perlumbaan berikutnya di BRC, mungkin disebabkan pertindihan jadual dengan perlumbaan WRC. Mungkinkah berpeluang beliau untuk tetap mengungguli saingan BRC kelak?

BACA : BRC 2023 – ADRIEN FOURMAUX MENANG SEKALI LAGI. KALI INI DI JIM CLARK RALLY

BACA : ADRIEN FOURMAUX MENANG DI PUSINGAN PERTAMA BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP

Google ads

B K

Back to top button