Buletin

PESAING COROLLA CROSS DAN CX-30, HONDA ZR-V BAKAL MUNCUL DI MALAYSIA?

Baru-baru ini Honda Malaysia mengumumkan bahawa Honda Accord gen-11 tidak diperkenalkan di Malaysia kerana trend semasa menunjukkan pasaran tempatan lebih memilih SUV berbanding sedan.

Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin menyatakan Honda Malaysia bakal membawa masuk Honda ZR-V, pesaing kepada Corolla Cross serta CX-30.

Untuk makluman, ZR-V ialah HR-V versi standard bagi pasaran A.S. tetapi di pasaran Asia seperti Jepun dan China, ia dikenali sebagai ZR-V. Model berkenaan dibina di atas platform Civic FE untuk memenuhi keperluan pasaran Amerika Utara.

2023 Honda HR-V EX-L

Sebagai perbandingan, berikut adalah dimensi bagi model ZR-V, Corolla Cross dan XC-30:

  • ZR-V: 4,568mm X 1,840mm X 1,621mm, jarak roda 2,655mm
  • Corolla Cross: 4,460mm X 1,825mm X 1,620mm, jarak roda 2,640mm
  • CX-30: 4,395mm X 1,795mm X 1,540mm, jarak roda 2,655mm

Dari segi penampilan, reka bentuk kereta ini tampil lebih dinamik serta ditujukan kepada pasaran golongan muda.

2023 Honda HR-V EX-L

Di bahagian dalam, ia dilengkapi panel instrumen 10.2 inci, skrin sentuh kawalan pusat 10.1 inci, paparan head-up (HUD), stereng pelbagai fungsi tiga jejari dan sistem Honda Connect 3.0. Untuk sistem audio pula, ia didatangkan dengan 12 pembesar suara Bose.

Secara mekanikal, ia dibekalkan nadi berbeza bagi setiap pasaran. Namun sekiranya model ini tiba di pasaran kita, ZR-V dijangka dikuasakan oleh 1.5L VTEC Turbo, menghasilkan 180hp, tork 240Nm dan 2.0L e:HEV, menghamburkan 179hp, tork 315Nm.

Terdahulu, Honda Malaysia memperkenalkan empat model baharu untuk pasaran tempatan, di mana WR-V serta City facelift telah pun dilancarkan, sementara CR-V generasi baharu dikeluarkan tidak lama lagi.

Model keempat dilancarkan berkemungkinan adalah model Civic Type R dan oleh itu, kita hanya boleh meramalkan bahawa model Honda ZR-V tidak akan berada di Malaysia sehingga tahun hadapan. – Automachi

Google ads
Back to top button