
ADRIEN FOURMAUX MENANG DI PUSINGAN PERTAMA BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP
Pemandu kelas WRC2 pasukan M-Sport Ford, Adrien Fourmaux berjaya memenangi perlumbaan pertama British Rally Championshiop (BRC) 2023 hujung minggu yang lalu sebagai salah satu persiapan untuk berlumba di Mexico minggu hadapan.
Pemandu muda dari Perancis itu sebelum ini telah mengesahkan bahawa beliau juga bakal beraksi musim penuh BRC 2023 ini dengan memandu jentera Ford Fiesta Rally2 yang juga akan dijadikan medan sebagai untuk mendapatkan minit pemanduan yang lebih bersama jentera Ford Fiesta Rally2 dan juga sebagai langkah berterusan untuk pembangunan di masa hadapan jentera rali pasukan M-Sport Ford.

Dan Adrien Fourmaux tidak menghampakan harapan pasukan dengan memenagi perlumbaan pertama Malcolm Wilson Rally, yang juga diadakan bersempena dengan nama pemilik bos beliau. Agak ironi juga kemenangan yang agak sensasi ini apabila ianya turut berlokasikan rumah untuk pasukan M-Sport Ford di Cockermouth dengan melewati kawasan hutan Lake District.
Pada perlumbaan yang agak mencabar itu apabila terdapat laluan berbatu yang diliputi salji ternyata menjadi medan ujian yang cukup bagus buat kesemua pemandu. Hampir menyerupai perlumbaan Rally Sweden gayanya. Adrien Fourmaux berjaya meninggalkan tempat kedua Keith Cronin yang memandu Volkswagen Polo GTi. Untuk rekod, Keith Cronin adalah juara empat kali BRC ini.

.Untuk perlumbaan pembukaan BRC 2023 ini, jentera Rally2 yang dipandu oleh Adrien Fourmaux ini menampilkan livery yang berbeza daripada penampilan mereka di pentas WRC. Daripada warna ungu yang terang, penampilan Ford Fiesta Rally2 ini bertukar kepada warna kelabu. Walau pun nampak sedikit low profile tapi ok juga warna kelabu ini kan.
Dan bagi Adrien Fourmaux, pengalaman memandu di permukaan berbatu ini adalah pertama kali semenjak kali terakhir memandu jentera Rally2 ini sewaktu Rali Mexico bulan Mac tahun sudah.
Sementara itu, Jourdan Serderidis yang memandu jentera Ford Puma Rally1 buat pertama kali di bumi United Kingdom itu, gagal menempatkan tempat di 10 pemandu terbaik apabila mengalami beberapa kali jentera berpusing dan terbabas dalam perlumbaan yang serba mencabar ini.
BACA : WRC2 – KATEGORI WRC YANG TIDAK KURANG HEBATNYA
BACA : CITROEN C3 RALLY2 – SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BEREVOLUSI



