
JENAMA CHINA TAK DIKENALI DAN SUKAR DIPERCAYAI DI EROPAH
Umum mengetahui bahawa kenderaan elektrik China mula monopoli beberapa pasaran global termasuk Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, perkembangan itu kini menghadapi satu set cabaran baharu di Eropah apabila jenama China dikatakan kurang maju dari segi pembuatan selain kos import yang tinggi.
“Tidak begitu lancar bagi pembuat kereta China untuk pergi ke Eropah,” kata Timbalan Jeneral Persatuan pembuatan kereta China, Chen Shihua.

“Kita harus memberi perhatian kepada risiko. Pada masa ini terlalu tegang, melangkah ke setiap rantau tanpa fokus yang jelas.”
Tambahnya lagi, jenama China mungkin bergelut untuk menjual kereta di Eropah semurah di pasaran domestik.
“Logistik, cukai jualan, duti import serta memenuhi keperluan pensijilan Eropah semuanya menambah kos,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Eropah untuk Zeekr, Spiros Fotinos.
Selain faktor berkenaan, antara perlu diambil kira ialah bateri ditawarkan untuk model di Eropah bagi memenuhi jarak perjalanan yang jauh.

KEPERCAYAAN PENGGUNA
Walaupun sesetengah jenama China, seperti MG, terkenal di Eropah, tetapi jenama lain seperti XPeng dan Nio perlu membina kepercayaan pengguna di Eropah.
Tinjauan menunjukkan kebanyakan pembeli EV yang berpotensi di Eropah tidak mengenali jenama China serta teragak-agak untuk membeli kereta China.
Hasil tinjauan YouGov pada 2022, hanya 14 peratus daripada 1,629 pengguna Jerman mengenali jenama BYD, pembuat EV kedua terbesar di dunia selepas Tesla, sebanyak 17 peratus pernah mendengar tentang Nio, manakala 10 peratus lagi tahu Lynk & Co.
Ketua Pegawai Eksekutif Eropah untuk Zeekr, Spiros Fotinos berkata, ia akan berusaha untuk memenangi kepercayaan pengguna melalui pandu uji di mana pembeli Eropah boleh menilai kualiti EV Zeekr secara langsung.