
BRC 2023 – ADRIEN FOURMAUX MENANG SEKALI LAGI. KALI INI DI JIM CLARK RALLY
Pemandu dari Perancis, Adrien Fourmaux sekali lagi menampilkan aksi yang cukup mantap untuk mengungguli saingan British Rally Championship (BRC) 2023 di Beatson’s Building Supplies Jim Clark Rally yang telah pun berlangsung pada 26 – 27 Mei yang lalu.
Sedikit info, Jim Clark Rally ini adalah salah satu pusingan dalam kalendar BRC yang berlokasikan di Scotland bermula semenjak dari tahun 199 lagi dan ianya dinamakan bersempena dengan pemenang F1, Jim Clark, juga lelaki yang berasal dari Scotland. Perlumbaan Jim Clark Rally ini telah pun bermula semenjak dari tahun 1970 lagi.

Adrien Fourmaux dan juruarah Alexandre Coria, membuka saingan dengan bergaya apabila berjaya mencatat kelebihan sebanyak 28 saat selepas dua SS sewaktu pembukaan pada Jumaat malam. Dan ianya kekal berterusan sehingga ke penamat hari saingan apabila berjaya memandu jentera Ford Fiesta Rally2 yang menggunakan tayar Pirelli mereka untuk memenangi BRC kedua secara berturut-turut.

Keith Cronin yang memandu jentera lama, Volkswagen Polo GTi R5 merupakan pesaing terdekat mereka di tempat kedua, dengan Callum Black menempati tempat ketiga dengan memandu Ford Fiesta Rally2. Sedikit info mengenai Keith Cronin ini, beliau dianggap sebarang jaguhan orang lama dalam saingan BRC ini apabila pernah muncul juara sebanyak empat kali pada 2009, 2010, 2012 dan juga 2017.
Malah, beliau juga pernah memandu jentera Satria Neo S2000 dalam saingan Intercontinental Rally Championship pada tahun 2010 sebanyak dua perlumbaan. Bukan biasa – biasa beliau ini.

Keith Cronin yang menggunakan tayar Michelin pada Volkswagen Polo GTi-nya untuk pertama kalinya musim ini. Lelaki Ireland ini mengakui bahawa beliau perlu meningkatkan kepantasannya dibandingkan dengan catatan masa bintang WRC, Adrien Fourmaux yang telah memiliki banyak pengalaman sejak kebelakangan ini. Dan di akhirnya, beliau berjaya merapatkan jurang perbezaan mata kepada 29 saat sahaja di belakang Adrien Fourmaux.
Dan dengan kejayaan Adrien Fourmaux buat kali kedua berturut – turut ini, memastikan beliau berterusan mengutip mata maksimum sekali gus berada di pendahulu saingan BRC musim ini. Walau pun ketika beraksi dalam saingan WRC2 beliau tidak berapa menyerlah musim ini, namun ianya berjaya ditebus dengan aksi cemerlang di BRC ini.
BACA : ADRIEN FOURMAUX MENANG DI PUSINGAN PERTAMA BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP
BACA : APA YANG MENARIK TENTANG FIA EUROPEAN RALLY CHAMPIONSHIP 2023