
Buletin
APA YANG MENARIK TENTANG FIA EUROPEAN RALLY CHAMPIONSHIP 2023
Perlumbaan rali peringkat Eropah, FIA European Rally Championship (ERC) sebetulnya boleh sedap juga untuk kita layan buat para peminat rali. Tapi apa yang menarik untuk kita sembang hal ERC ini? Jom kita baca sedikit ulasan tentang ERC ini.
- Pertama kali perlumbaan rali peringkat Eropah ini diadakan pada tahun 1953 dan tahun berikutnya ianya dianggap sebagai perlumbaan yang cukup berprestij ketika itu.
- Namun ketika pengenalan perlumbaan World Rally Championship (WRC) bermula tahun 1973 mula memudarkan prestij perlumbaan ERC ini sendiri.
- Setelah sekian lamanya perlumbaan ERC ini dipandang sepi oleh para pemandu, bermula tahun 2004 telah berlaku perubahan bagi menarik minat dan juga rating. Sebelum ini perlumbaan ERC boleh mencecah sehingga 40 perlumbaan rali semusim. Ketika itu, perlumbaan ERC telah dikurangkan kepada 20 perlumbaan sahaja. Dan kini perlumbaan ERC hanya merangkumi diantara 8 hingga 12 perlumbaan semusim.
- Musim 2023 ini bakal membabitkan lapan perlumbaan dengan permukaan gravel dan tarmac menjadi ujian buat para pemandu.
- Sejajar dengan perkembangan terkini, ERC ini turut bergabung dengan Intercontinental Rally Championship (IRC) bermula tahun 2013 bagi menjamin prestij perlumbaan ini.

- Kini, perlumbaan ERC semakin menarik dan mendapat perhatian darpada seluruh dunia. Bekas pemandu WRC yang berasal dari New Zealand, Hayden Paddon turut bakal beraksi dalam saingan ERC musim ini bersama pasukan BRC Racing Team dan bakal memandu jentera Hyundai i20 N Rally2.
- Hayden Paddon yang turut beraksi dalam perlumbaan WRC Rally New Zealand musim lalu memutuskan untuk beraksi secara penuh semusim di ERC musim ini atas faktor kos yang lebih terjangkau dan jentera beliau bakal menggabung dua livery, tema BRC Racing di bahagian hadapan serta tema pasukan beliau Team Rally New Zealand yang berwarna hitam / hijau di bahagian belakang.

- Perlumbaan pembukaan ERC musim ini di Portugal telah menarik perhatian 42 pemandu untuk turut serta dengan 37 daripadanya adalah jentera Rally2.
- Perlumbaan sulung ERC musim ini bakal menyaksikan kelibat tiga generasi berbeza jentera rali daripada Skoda. Dan sudah semestinya, jentera Skoda ini bakal mewarnai saingan di Portugal nanti.
BACA : SKODA FABIA S2000 – KEBANGKITAN EVOLUSI KERETA RALI SKODA

