Artikel Pilihan

(VIDEO) KOBOI TANGKAP LEMBU DI LEBUH RAYA – INI BARU GAYA AMERIKA SEBENAR

Minggu lepas pengguna lebuh raya di Michigan dikejutkan dengan larian seekor lembu di lebuh raya. Aksi seorang koboi yang cuba menyelamatkan lembu seberat lebih dua tan dari terlibat dengan kemalangan memang epik betul. Sekali tengok dah tahu ia berlaku di bumi Amerika.

Kisah lembu yang dinamakan Lester ni agak menarik. Lembu ini sebenarnya sudah enam minggu terlepas dari sebuah ladang berdekatan. Malah sebelum dibawa ke ladang ini, ia juga melarikan diri dari sebuah pusat jagaan haiwan di Rose Township. Ini kira dah mahir melarikan diri dari kurungan ni.

Kali ini kita dapat saksikan macam mana Lester berjaya membuat pihak berkuasa dan pekerja ladang bekerja keras untuk menangkapknya kembali menggunakan kuda, ATV dan kereta peronda. Nasib baik tak guna bantuan helikopter sekali.

Pada pertengahan video, Lester dilihat berlari keluar dari kawasan hutan di sebelah lebuh raya dan dikejar oleh seorang pekerja ladang yang menunggang kuda sebelum Lester memasuki lebuh raya. Peronda lebuh raya kemudian segera bertindak untuk memastikan kenderaan dari belakang peka dengan kehadiran Lester.

Pekerja ladang tersebut dilihat menggunakan tali lasso untuk menangkap Lester tetapi dengan liciknya si Lester ni membuat pusing ke kiri dan cuba melompat pagar pembahagi jalan. Sayangnya video ini cuma terhenti setakat itu tapi Lester dikatakan berjaya ditangkap sejurus kemudian dan berada dalam keadaan selamat.

Lebih kelakar lagi bila pihak polis melaporkan yang Lester tidak dikenakan sebarang pertuduhan dan dikembalikan ke dalam ladang untuk membolehkannya berkongsi pengalaman menarik beliau bersama lembu-lembu lain.

Google ads
Back to top button